Skip to main content

Posts

Showing posts with the label giler

Mama Mia~

malam ni aku bosan. Game ANGRY BIRD dah abis main. macam biasa lah. Facebook 24/7. Nama aku dalam facebook, Effa Esperanza.. sekali ngan abang aku, tunang die Aimi ngan Laili tukar nama jugak..haha  ----> Peja jadi Peja Cavenchi dari Sepanyol  --->Aimi jadi Aimy Lorenzo dari Veneuzuela  --->Cik Laili jadi Laily Spanic dari Italy! ahhahaa. menyewel di malam hari~ JENGGG! SILA KLIK PADA GAMBAR UTK PAPARAN LEBIH JELAS~ Muchas Gracias!

physical hazard

tadi kami ramai2 breakfast dekat Oren Cafe - Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. sementara nak tunggu lecturer datang, lepak2, makan2.. salah seorang dari kawan saya, Wawa makan maggie goreng + telur mata kerbau. tengah die sedap layan maggie tu, sekali ada SESUATU dalam telur mata kerbau tu. Dalam mulut die tu, die rasa sesuatu yang BESI. dawai stapler kah? bukan. berus dawai cuci periuk kah? bukan. nak tau ape kah ia? benda itu adalah duit SYILING 10 SEN ye. NASIB BAIK Wawa x TERTELAN syiling tu. kalo tertelan, memang kitorang tak tahu nak cakap ape. pastu, kitorang cepat2 la pegi report kat staff situ. leh plak abang tu wat lawak BODO ngan kitorang. KAMI : bang, kitorang jumpe syiling 10 sen dalam makanan ni. BRADER : oh. ye ke? patutlah duit abang x cukup. GILAK. die ingat lawak ke? kalo anak orang mati tercekik sape nak jawab? BRADER : nanti korang tulis la dekat comment card kat dalam box tu. ACTION? SORRY? sepatah pon die x cakap. At least, bagi la ape2 ke.. minta maaf pon...

mandi BUNGA~

dengan ini saya mengumumkan bahawa staff yang bernama NURUL HAFAWATI ISMAIL secara rasmi nya telah BERHENTI KERJA dari KFC EXTREME PARK SHAH ALAM! *sobss..sobs..soobbbsss... sedih.. Hari rabu last day aku keje kat kepci. aku telah standby fizikal dan mental.. kenapa? sebab biasanya last day ni merupakan hari yang "MALANG" buat mereka yang nak berhenti kerja. Baju, seluar aku dah bawak siap2 dalam beg. lepas Anas anta aku gi keje, aku suh die simpan beg aku tu. (in case takut budak2 kepci akan sorok beg aku) tengahari tu aku keje macam biase~ nak rehat awal tapi x cukup staff plak.. krukk..kruuk..lapor.. Si farah x abes2 tanye, "kak effa balik kul bape?" aku dapat agak...ni mesti nak kenakan aku jap lagi ni.. toys, buku, tumbler, sume yang ade dalam stor tu aku amik atas izin Sir Azliey. hhehehee.. tengs sir! genap pukul lapan malam, aku nampak si Aqil datang..padahal ari ni die OFF DAY. SAH! diorang nak kenakan aku! tepat2 kul 8.00pm, aku punch card. agak2 line clea...

ibu, jangan menangis lagi..

aku sedar, aku bukan seorang anak yang baik. namun, sejahat-jahat aku sebagai seorang anak, tidak pernah walau sekalipun aku membuat ibu ku menitiskan air mata. sudah setahun.. setahun yang lalu hati ibu ku pernah terluka. terluka dek perbuatan seorang insan (tidak perlu aku nyatakan siapa). walau sedemikian, ibu tetap tabah membela dan menjaga 6 orang anak nya sehingga berjaya. setahun sudah berlalu.. luka lama kian pudar.. akan tetapi, insan tersebut telah merobek kembali hati ibu sehingga luka berdarah. aku tidak pasti.. apakah dosa ibu sehingga diperlakukan sedemikian rupa? salahkah didikannya? TIDAK. aku pasti ibu sudah melakukan tugasnya sebagai seorang ibu dengan sebaik mungkin. ~*~*~*~ perjalanan aku dari shah alam ke kota bharu mengambil masa kira-kira 8 jam. setelah solat subuh, aku melelapkan mata. matahari semakin meninggi. aku bingkas bangun. kelihatan tiada kelibat ibu dan ayah di luar. aku menekan punat alat kawalan jauh. rancangan Melodi bersiaran di TV3. a...

taksub

NIDJI! ko ibarat dadah. makin hari makin ketagih. dem!

CUN

ari ni saya merempit dengan Aton pegi Ole-Ole. sedang enak membeli-belah, ujan melanda. helmet lupa nak telangkup. maka, bertakung lah ia dengan air. *siap ada ikan berenang-renang. on the way balik, kami bergerak pantas sambil meredah hujan. ade la sorang mamat ni bawak motor, die potong kitorang. skali die pijak lopak, abes air lopak tu TERPERCIK kat kitorang. badan kami LENCUN sebelah. yang tidak dapat diterima oleh saya, saya tertelan sedikit air itu. agak kurang AJAR!!! ntah ape rase laa air tu. YUCKS!!

hotak!

aku da lame gile ta online nih. adeh. ni pon pinjam laptop member sebab laptop aku taleh guna wifi lagi. (baru register) just nak share ckit ng korang.. aku BENCI degree!! hahahaha bukan benci, tapi management kat cni macam bangang sedikit ye.. tak same macam aku diploma dulu. lecturer masing2 tak nak mengalah..last2 student jugak yang dipersalahkan. lagi satu, kes berpuak2.. sini geng dungun, sane geng penang, sinun geng shah alam. hish..tensi aku lame2 kat sini. dahlah jalan berbukit2..mau tonggek aku berjalan panjat bukit tonggek tuh. kui3. k la. xde mase ni. jap agi nak gi kitchen pastry plak. see you next time!!!

NgaBang~

hahaaha.. kalo diterbalikkan ngabang itu, maka terbentuk lah perkataan BANGANG ye anak-anak semua. hari ni, ibu nak story-story sikit. hihihi.. seharian aku keluar merendek dengan kawan2 aku. melantak Carbonara bagai nak rak setelah bertahun tidak menjamah nye. (tipu ah) then, singgah umah kawan lama aku, Etty. walaupun Etty xde (kat New Zealand), jauh nun di sana tapi kitorang pegi jugak umah die untuk melawat ibu die. (bagus aku nih) hahaha. tengah syok minum RIBENA kat umah die, pastu ibu cakap, "pegi la on9 ngan Etty", bukak webcam tu. waahh..canggih betul ibu die ni. hehehe kitorg ape lagi. buka Skype, borak2. gile rindu dekat Etty aku tuh. Even tak sampai setahun die kat sane, rase macam lame giler x jumpe. Wuwuwuwu.. P/s: Etty, kalu mu baco nih, mesti mu terharu kat aku. isk..isk.. then, aku ajak member aku datang umah tumpang semayang. alang2.. Borak punye borak, Si Ama ni berkenan tengok selendang aku, sempat plak die "menerai". hik3. Iha da nak gerak bali...