Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ortodontik

Semoga Berkekalan

Assalam bloggers semua! Dah 3 hari gigi ku kembali normal. Memang BEST! Cuma.. yang tak best nye bila kena pakai "RETAINER", kalo translate bahasa Melayu maksudnye PENGEKAL. Harap-harap lah gigi aku ni kekal cantek seperti Retainer ni. HAHAHAHA this Retainer is KILLING me! Masa mula-mula pakai, rasa macam Pemain Kick Boxer. Seyes tak tipu. Kalo bercakap tu, mau tersembur air liur. Miahahahaha. Doktor pesan, awak kena pakai retainer ni 24-7 for 6 months ye. Nak makan, minum, gosok gigi je baru kena bukak. MEMANG "BEST" kan! Kan! Tapi tu la. Nak cantik sangat. Padan muka. p/s: kadang-kadang, bila bukak retainer ni dan rendam dalam air, rasa macam gigi palsu pon ade. Dah boleh dah nak beli Poliden. 

it's PINK!

hallu! hallu! berbulan-bulan tak update! bukan boring, tapi takde masa. meh eppoe kongsi cite sket ni. dah lama tak borak pasal ortodontik ni kan? semalam eppoe baru je pegi appointment gigi. gigi ku ala-ala macam ni la~ doktor tu sweet sangat tapi eppoe tak penah tau nama die. die kata die suke tengok beg eppoe ni sebab ada buttons dan pin kartun2 ni. (p/s: doktor pompuan ok?) macam biasa, 2 bulan sekali eppoe akan balik untuk tukar 'elastic' dan dawai gigi tu.. walaupon doktor tu buat dengan lemah lembut, tapi TETAP sakit! biasanya, doktor akan bagi kita choice untuk pilih warna 'elastic band' tu.. bulan lepas eppoe da amik kaler biru, hijau.. kali ni, doktor tu tak tanya eppoe pon. die terus amik kaler PINK then pasangkan kat gigi eppoe. die cakap, "pink ni faveret kaler ai tau," tibe-tibe! haaha beg yang banyak berjasa~ almost 7 tahun! pagi tadi pegi opis, timbang berat, turun 800gm!  sedih giler.. baru sehari tak makan nasi, dah turun berat.....

iron lady

sangat lah tidak selesa bila ada bendasing dalam mulut nih. aishh.. tetibe rase macam jongang pon ade. pasni, nak senyum kene kaver la mulut nih. huhauahuahua p/s: kesengalan gigi jelas terasa. OHH TIDAK!!

ortho!

hari ni pagi2 lagi aku gi klinik. kul 8am. mata sembab je. huh~ "Nurul Hafawati!" nurse panggil. ari ni bukan abang doktor yang rawat aku. Kakak doktor yang in charge. cantik mata die. heehee die buang getah separator tu, ganti dengan band. sejenis besi yang di pasang di setiap geraham. so, ade 4 band semua. time nak pasang tu rasa ngilu sket.. kakak doktor ni kemain ganas lagi! sakit bibir aku kene tonyoh2.. nasib baik tak rabak mulut aku. kuang3~ sekarang ni, kalo aku senyum korang akan nampak sedikit cahaya menerusi mulut ku. auuww~ next appoiment? 14 April 2010. p/s: aku ada banyak masa lagi untuk makan2!!!

pengasing

baiklah. seminggu lebih tak update blog. hari ni aku ade apoimen gigi. sepatutnya refer oral hygiene jer. (OH) tapi disebabkan abg doktor tak busy, jadi die nak pasang terus SPT. aku tanye doktor tu. amende SPT nih? *buta ilmu pergigian. doktor tu cakap la..SPT ni bermaksud SEPARATOR. sejenis getah yang dipasang diantara dua gigi. getah ni dipasang dalam masa lebih kurang seminggu lepas tu baru pasang Band. Rasa apa bila pakai SPT? korang akan rase macam makanan lekat celah gigi..*macam ada daging celah2 gigi. hahhaha lame2 akan rasa makin berdenyut-denyut. adeh.. aku dah xleh nak makan bende2 yang liat sebab takut getah tu tercabut. nex apoimen, 8 FEBRUARI 2010~ bukan gigi saye.

bebenang Emas~

morning guys! ari ni aku ade 'date' ngan dentist. tapi breakfast aku nasi kerabu! memang takleh nak buat ape la. segala ulam-ulaman lekat celah2 gigi. time tengah tunggu turn aku, tak henti2 aku cover mulut (kot2 la ade sisa ulam) heheehhe rase tak sedap je. then, nurse panggil kat kaunter. kene bayar rm5 sebab aku da 21 tahun. korek la purse aku yang gemuk tu. haram. ade rm4. buat malu je. tak putus asa. kira syiling plak. ade 95 sen!! #$@%$@$ lagi 5 sen je nak cukup rm5! aku lari cepat2 g cari bapak aku dalam kete. nah amik kau rm10. main jauh-jauh. settle payment, doktor panggil masuk. die cakap benang da boleh cabut ni. gile. bius x ilang agi ni. aku senyum kelat. (dalam ati takut tak ingat dunia) nurse da amik gunting and segala bagai peralatan nak cabut benang. mase mula-mula doktor tu tarik benang, aku jerit! hahaahaa. mak aih! memang SAKIT! *malu pun ade. ehehhe gunting plak tak nak tumpul. benang tu tanak putus. mengada! guna second gunting baru la ok. bleeding? harus ...

Alhamdulillah selamat aku~

da lame x update blog. 2 hari yang lepas... 7 Disember 2009~ lebih kurang pukul 11.30am, aku mendapat panggilan dari Unit Jabatan Bedah Mulut Maksilofasial. Doktor suruh aku gi hospital pada time tu jugak untuk amik blood test. aku kene prepare kain baju jugak sebab kalo betul wad ada kekosongan, aku kene terus masuk wad. Setelah selesai amik blood test, kompem aku kene masuk wad. dalam pukul 2.00pm, amik report, register wad dan masuk wad Melati kat Hospital Raja Zainab II. setelah selesai, mak pulang ke rumah. tinggal aku sorang2 kat wad tu. dalam pukul 3.00pm, doktor panggil. die explain pasal operation untuk esok hari, pasal bius and everything. aku akan disumbat dengan wayar ke dalam saluran hidung sehingga ke esofagus sebagai alat untuk aku bernafas. petang tu, mak datang bawa makanan. ni first time aku masuk hospital. malam tu, aku xtau nak buat ape. borak2 dengan patient. sume sporting2 blaka. before tido, nurse ada bagi ubat penenang supaya aku mudah nak tido. starting pukul 3...

aPo i Men?

Grr.. sejak dua menjak nih. rase cam malas je nak update blog. ngaaAa..penyakit lame aku datang balik!! aish.. abes la aku. ni belum lagi start blaja, da rase malas. kalo da blaja kang, memang HARAM la aku nak update. hohoh..arap2 tidak ye! Okay, ari ni de apoimen gigi lagi! Baru lepas scalling gigi. Abes berdarah gusi2 aku nih. rase macam ngilu jew. Adeh, bile nak abes ni? penat da wei ulang alik. ingatkan da nak settle dah, rupenye kene refer kat hospital besar plak! nak tau knape?? ni yang berkaitan dengan Refer Surgical Removal yang ari tu. kali ni, aku kene pegi refer kat Pakar Perunding Bedah Mulut, Klinik Pergigian Pakar KB. Seram lah wei.. suppose apoimen tu 8 JULAI 2009 ye! tapi aku kene tunda tarikh len coz time tu aku baru register kat Shah Alam. So, Tarikh baru die bagi 5 OGOS 2009 . adeh.. Ari Rabu plak tu. Sah sah aku kene skip kelas. (arap2 time tu xde quiz or test!) My second apoimen aku plak on 13 SEPT 2009 , Sunday. ade lagi? yup! ni plak untuk Refer Oral Hygiene....

Appoiment

well, aku baru jew balik dari klinik gigi.. waktu appoiment tulis pukul 11.00am, tapi jumpa doktor pukul 1.00pm. bapak la bosan aku menunggu kat klinik tu. dah la berdebar. (perkara paling menakutkan bagi aku adalah berjumpa dengan Dentist) hahahah. Ini apoiment aku yang ketiga. Last appoiment ari tu aku amik Xray gigi and amik bentuk gigi aku. Kali ni, doktor Ahmad, Pakar Ortodontik tunjuk dekat aku. Kalo perhati dalam Xray gigi tu, ada satu gigi terbenam dalam gusi. Gigi tu takleh tumbuh sebab xde space. Gigi aku rapat sangat. So, die cakap la nanti die akan buat "refer surgical removal" iaitu operation untuk mencabut gigi aku yang terbenam tu. Adoi..takut plak aku bila dengar perkataan operation. hehehehe. tarikh untuk operate tu x sure lagi, tapi die suh jumpe balik pada 29 Jun ni plak. Selain mencabut gigi aku yang terbenam tu, ada satu lagi gigi yang kene cabut, gigi taring aku. Gigi aku ni berlapis kat atas. So bile nak pakai braces, kene la cabut. Nanti doakan aku ye!...