Skip to main content

Bye Bye Q

germbira kerana dapat mengadap komputer sepuas-puas nya..
sedih kerana tidak dapat bersama rakan-rakan seperjuangan..
tapi takpe..
ini ada sedikit bingkisan buat korang sumer, especially kepada DCA69 yang tak sempat pergi Bye Bye Q lazt week..

Date : 2nd May 2009
Venue: Teluk Gadung
Time : 5.00pm till midnight
setelah berhempas pulas menjawab final exam (walaupun hanya 4 paper je), hari ni, kami dak2 final year DCA buat bye bye Q a.k.a majlis perpisahan untuk kitorang sumer.
walaupun dak2 pompuan hanya beberapa ketul sahaja yang datang, tapi kami tetap enjoy.
first2 sampai kt Gadung, kitorang snap few pictures kt pantai. then, start bakar arang. bile da jadi bara, kitorang balut ikan ngan daun pisang, then bakar. Ada saussage, ayam, air asam, nasi goreng and yang paling best, ada KELEDEK! waktu bakar keledek la yang paling enjoy. ada yang hangus la, hitam legam, x masak, tertukar mane satu ubi, mane satu arang. ahahah..
bile sume dah masak, enjoy ur meal!
suddenly, Hujan.. adoi..
terpaksa la angkat tong yang bakar ikan tu, letak kt atas pondok. yang tak bleh blah, pondok tu lak tak brape nak ade atap. hahahaha
sambil-sambil makan, sambil-sambil nyanyi. Afiq n ajib goreng gitar, kitorang nyanyi same2. aku ni pantang dengar muzik, terus nak nyanyi. belasah la..biar tak sedap, asal aku hepi. kah3
then, mase kitorang ngah lepak2 kt pondok tu, pastu dak laki ramai2 datang.. nyanyi lagu untuk dak pompuan, diketuai oleh Ajib. First lagu, Salam Akhir.. Sebak dowh.. Then, lagu Bila Aku Sudah Tiada, Semua Tentang Kita, and lagu batch, Cinta Dalam Hati..
Pergh..memang tangkap lentok..
Tak bleh jadi, dak pompuan nak nyanyi gak.. Pilih punya pilih, last2 kitorang nyanyi lagu Rindu Bayangan. Sentimental la plak time ujan2 cenggini. kih3.
malam makin pekat,, kitorang start kemas barang, then beransur pulang.. On the way jalan ramai2, ujan makin lebat. Semua basah kuyup. First time in my life mandi hujan tengah2 malam kt Dungun ngan kawan2..
Bila da masuk kampus, Tariq mesej. Ajak main hujan kat depan cafe Kapas. kitorang pun main ujan ramai2..simbah2 air.. then. pegi kat court tennis.. sumer baring, dalam bulatan..main teka-teki, bercerita, macam2. bile nampak kete, sumer senyap, squeeze badan serapat boleh kt lantai tu. takot2 la pak guard nampak. sib baik baju itam n ujan. x nampak. tapi, time tengah baring tu, skali ada kilat. kantoi..cahaya kilat tu terang la plak. haahaha.
jam da nak kul 12mlm..
everyone, disperse..

Comments

hakhakhak...so cute r kowg ni sume!!
hope dpt smbung sesama kt shah alam nnt..leh gegila kt sn plak..

Popular posts from this blog

A Year Older

Sejak umur mencecah 3 Series ni, macam-macam benda jadi especially dengan kesihatan sendiri. Sejak beberapa bulan lepas (kalau tak silap masuk Ramadhan), aku ada bleeding after period. Dan aku rasa itu memang tak normal. Tapi masa tu, bleeding tu ada 2-3 hari je selepas 15 hari tempoh period. So aku assume tak de pape lah kan. Sampai la masuk bulan Ogos ari tu. Period pain aku teruk gila. Sekali lagi aku senggugut sampai tahap muntah keluar air nak tercabut usus. Yang paling best, aku senggugut masa aku tengah belajar buat kek lapis  Aku terpaksa stop, telan ubat and tidur kat umah Kak Noor. Sedar pukul 3pm, kek lapis semua dah siap! Sedih weh! Lepas je hari ke 15 tempoh period, sekali lagi aku bleeding. Mula mula buat rilek je sebab ingat benda ni datang kejap je. Sekali, sampai 2 minggu aku bleeding. Even dia tak banyak macam datang bulan tu, tapi manusia mana tak cuak kalau hari-hari kau berdarah kan? Mula la aku google. Fibroid. Cyst. Kanser rahim. Ok neves. Kebetulan ...

Day 7 Restriction Of Movement 2020

Pertama kali dalam hidup 32 tahun, Malaysia buat Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara Covid-19. *mengeluh* Semua kena kuarantin duduk umah diam-diam. Pergerakan terbatas. Kalau rumah tu ada ramai orang best jugak buat sembang. Ni aku yang sorang-sorang ni memang bercakap dengan pokok, ikan je lah. At first rasa macam best gilaaaa dapat cuti. hari-hari upload gambar masak. Gambar makanan. Masuk hari ke 7, hamik ko. Dah taktau nak makan apa. HAAHHAHA Sudahnya, buka Sardin Cap Ayam, masaklah sardin tu sampai lebam.

not sOo gewd CheeSe cake!

hahaha.. seperti yang telah dijanjikan, semalam (8.40pm) aku bertungkus lumus membuat cheesecake kegemaran ku.. Hanya kek ni jew yang aku tau buat ( first time buat time part 2 ngan Miss Mel). kalo kite compare recipe cheese cake dengan sponge cake, pada pendapat saya la, cheese cake lg senang nak buat coz method die all in one. Berlainan dengan sponge cake, satu adunan memerlukan 8/12 biji telur! dan adunan sponge cake ni menggunakan sedikit air. honestly, dari sem 1 sehingga tamat diploma, aku still xleh buat sponge cake (sangat memalukan bg budak yang mengambil kursus kulinari) hahahah.. Setiap kali buat, batter tu always jadi runny, even xder ribbon flow pon. dah tu, give up je lah. last2 buat cheese cake, tak pun chocolate moist. hehehhe. neway, dalam masa 2 bulan ni, insyaAllah aku akan try buat experiment baru and asah bakat aku ni yang dah lama berkarat kene air laut kt dungun. aku pon nak asah gak mata pisau aku tu, sume stok da tumpul beb. nak carving buah pon x lepas. kih ki...