Monday, November 16, 2009

demo GERBE ko tahun ni?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
lebih kure dale duo minggu lagi, kito akan menyambut hari rayo haji. bagi stengoh ore, demo x sambut sangat rayo haji ni kalu nok dibandingkea denge rayo poso. tapi dari segi agamo Islam, rayo haji ni merupoke perayo'e hok paling terulung. seperti denge kisoh para nabi kito, Nabi Ibrahim denge anok dio, Nabi Ismail yakni berkait rapat denge pengorbane.

adik kakok yang dihormati sekalian.

kalu kito sebut perkata'e pengorbane nih, gapo hok ado dale pemikire kito? setiap ore ado pendapat dio tersendiri. begitu jugok lah denge ambo. bilo terjumpo jah perkata'e pengorbane nih, mulo-mulo skali ambo ake teringat pasal pengorbane mok ayoh ambo. tok soh ghoyak lah. memey jaso mereko tidok terbalah. kito buwi lah batu permato setinggi gunung, jongkong mah sebesar lautan, tetap tok samo nilai pengorbane hok mereko buwi ko kito.

kito tengok gini lah. sejak dale perut mok kito lagi, kito start doh, banyok merage. sebab mengandung ko kito ni, mok kito mabuk2..mutoh2.. selamo 9 bule 10 hari dio dok usung kito dale perut nih. male2 tokleh tido, sakit pingge, siye-siye hari tokleh buat kijo berat. kalu bdiri lamo gak, sakit tumit kaki. mace2. tapi, mok kito nih sobar jago kito. sapa laa kito ni dilahirkan.. sakit maso nok beranok tu, Allah sajo lah hok tau. Sebab tu lah, setiap kali mok kito melahirkan anok, doso2 dio akan gugur.

habih cito pasal mok kito hok beranok nih...bilo kito lahir jah kat muko bumi Allah SWT ni, kito koho buat perangai. male-male ore nok tido, kito teriok lapar susu. letih staro mano skalipon, mok kito ake bangun buwi susu ko anok dio nih. pendek kato, mok ayoh kito ni sanggup buat gapo sajo nok bagi anok demo ni membesar denge caro molek nga sehat walafiat. peje celik peje celik, anok mok ayoh ni pon besar la. masuk darjoh satu. pitih banyok habih sebab nyo daftar yuran skoloh, beli buku, kasut, mace-mace lah. mok nga ayoh ni dok doa hari-hari supayo anok-anok dio berjayo, cemerlang dale mato pelajare.

alhamdulillah..berkat doa mok ayoh, anok-anok dio semo berjayo blako. walaupon x sempurna sangat, tapi tok sio-sio la mok ayoh membesarkan anok-anok nih. tapi, ado sesetengoh anok nih, bilo dio berjayo, dio lupo ake jaso mok ayoh dio nih. bilo stat kijo, sibuk, sapa takdop maso nok kelik jenguk mok ayoh kampung nuh. sekalipun takdop maso nok kelik, paling kure, kito telepon skali sminggu ko demo duo ore tu. terubat lah jugok rindu mereko. nok cerito ko adik kakok nih. mok ayoh kito ni kade-kade dio tok ake tunjuk yang dio ni rindu kito..jadi kito ni keno la pandai-pandai.. masing-masing besar blako doh kea. cidik-cidik blako doh.

sempeno denge rayo haji tok lamo lagi nih, nasihat ambo la ko saim-saim. sementaro mok ayoh kito ado lagi kat muko Bumi Allah ni, ingat lah jaso mereko. cubo jago hati mereko. kalu buleh, balik umoh nati, salam denge mok ayoh, peluk cium demo duo ore tu. takdop ore lain doh hok buleh buat demo tu bahagio melainkan anok-anok dio..

sekian..wassalam.

Bring your heart's home.
family comes first~

Saturday, October 31, 2009

Akhir--


Exam mode~

ada 5 paper yang aku kene seat.
starting from 31 october 2009 until 15 november 2009..

*culinary history and gastronomical literature* - done!
*foodservice system management* - done!
*fundamentals of hospitality and tourism industry* - done!
*human nutrition* - done!
*pastry and confectionery techniques* -done!

so guys, wish me all the best!
hopefully dapat DL this sem!!
amin2...

Wednesday, October 28, 2009

This is the Day!



tanggal 27 Oktober 2009..
telah menyaksikan graduan2 dari diploma Seni Kulinari berjaya mendapat segulung diploma!
Setelah 3 tahun aku berpenat lelah, akhirnya usaha aku selama ini tidak sia-sia. Walaupun hanya segulung diploma (mungkin sesetengah orang memandang rendah terhadap diploma berbanding dengan ijazah), namun aku tetap bersyukur atas anugerah yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah..



ketika perarakan di karpet merah untuk menuju ke Dewan Sri Budiman, kelihatan ibu bapa, adik abang kakak, makcik pakcik, sahabat taulan dan semua tersenyum melihat para graduan yang segak mengenakan jubah graduan. aku yakin bahawa semua ibu bapa merasa bangga melihat anaknya berjalan ketika itu. kelihatan sesetengah daripada mereka mengalirkan air mata kegembiraan di atas kejayaan anak-anak mereka.



sebaik sahaja majlis selesai, aku melangkah keluar dewan. semua graduan berpusu-pusu mencari ibu bapa masing-masing. tapi aku? hanya keseorangan saja. perasaan sedih mulai terbit di benakku. disebalik perasaan sedih, aku juga berasa gembira kerana ibu bapa aku tidak dapat hadir kerana keadaan diluar dewan agak sesak dan penuh dengan manusia. aku tidak sanggup membiarkan mak dan ayah berada dalam keadaan yang menyesakkan. aku lebih rela membiarkan mereka berada di rumah yang jauh lagi selesa berbanding dengan situasi yang penuh dengan orang ramai. tambahan pula, keadaan mak kurang menyihatkan.
namun aku tahu, mereka pasti bangga dengan kejayaan aku yang tidak seberapa ini.



melihat para graduan masing-masing memegang jambangan bunga yang mekar, aku hanya memegang erat skrol diploma ku. dari jauh kelihatan sahabat lama ku, Iha dan Emie menuju ke arah ku . Aku girang sekali melihat kehadiran mereka berdua. Iha dan Emie menghulurkan sebuah kotak hadiah. Gembira teramat sangat. Tidak menyangka mereka dapat menghadirkan diri ke majlis konvokesyen aku kali ini. terima kasih tidak terhingga kepada mereka!!



InsyaAllah, 2 tahun lagi aku bakal menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Kulinari. Mungkin kali ini aku akan menjemput mak dan ayah untuk hadir ke majlis konvokesyen ku. Mak dan ayah, doakan Nurul BERJAYA!! amin..

Wednesday, October 14, 2009

harap maaf

siaran sedang tergendala buat masa sekarang.

terima kasih~

Monday, October 5, 2009

feeling of being satiety~ photos











feeling of being satiety~

rumah terbuka.. open house.. dan macam-macam.
weekend lepas, aku spatutnya balik Rawang, umah kakak aku. kitorang kemain plan nak buat BBq. last minit kene cancel sebab kak na ada kursus. so, terpaksa la aku dok shah alam.. Ari jumaat pegi Hotel Times Square, interview Corporate Chef. Da settle assignment, balik umah. penat siot.

Sabtu tu plak, ade 3 open house! Pepagi buta..aku dapat mesej dari Datin Dila. Katenye paez buat makan stat pukul 10am-2pm!. gile ape? aku tengah terbungkang lagi time tu. bile da bersiap-siap, aku tepon paez. katenye datang lepas ZOHOR. rase nak terajang je. huuhuh. Lepas je zohor, konvoi pegi Sunway, umah paez. Sume dak DCA da sampai kecuali Tengku Tariq Tiskandar. aku pon xtau la. busy manjang. Kitorang da siap melantak mee kari, dia baru sampai.

Next station, umah Shuk kat subang. Perut ni boleh isi lagi. Mama Shuk pon masak mee gak, mee rebus ngan air sirap laici. sedap! tangki perut aku macam nak penuh dah ni. rileks2 dulu..

bila da rasa lapang sikit, kitorang gerak gi Kg.Pandan lak, umah Anip. jalan plak macam HARAM. jem kowt! lebih kurang kul 6 lebih kitorang sampai. nak tau mak Anip masak ape? Laksa Penang, Rendang daging ngan nasi impit. adoi.. Serius sedap! walaupun kenyang, tapi aku makan jugak. hahaha.

memang seharian aku makan free! dari makan tengahari sampai la makan malam. rezeki..jangan ditolak.. yang pasti, tangki perut aku sdah penuh!!

Thursday, October 1, 2009

seminggu

cuti raya seminggu memang tak cukup untuk aku. aku rase, orang len pon same cam aku gak kan?
ikotkan hati aku ni, aku nak cuti sebulan. hahaha..baru la best. bukan ape, time musim raya ni, sume orang pakat sibuk nak pegi open house. bile sume orang kuar, jalan pon jem. bile jalan jem, lambat la sampai. bile lambat sampai, makanan pon habis.
tu je.

tapi kalo difikirkan balik, tiap2 tahun raya memang penat, especially mak aku. bersengkang mata sampai ke pagi nak menyiapkan juadah untuk raya. mak sanggup ni bangun awal2 semata2 nak rebus ketupat daun palas. maklumla..ketupat daun palas yang mak buat ni, feveret anak2 die. hehehe. Cucu2 pon suke tau.
anak-anak dia yang lain ade tolong x? ape lagi..membuta laa. hahaha (buruk perangai)
xde la membuta mana pon.. ade gak tolong sikit2.. gosok2 baju, isi biskut dalam balang, sapu2 umah.. tu da memang rutin kitorang tiap2 tahun. hehe..

selain tu, orang bukan sibuk pasal raya je, ade jugak time raya-raya ni orang buat kenduri kawen.
adoi..
menyirap pon ade gak.
pada pendapat aku la kan, kalo dah name HARI RAYA AIDILFITRI, tak yah la pegi buat KENDURI KAWEN. cari la hari lain. lain la kalo time pegi kenduri tu, orang umah tu kasik duit raye. nak la jugak aku pegi. huhuuh. bile dalam mood raya ni kan, perut ni tak hingin pon nak merasa gulai daging, ayam masak merah dengan acar timun. perut ni rase macam nak telan satay, nasi impit, lemang, rendang ngan ketupat je. bukan nye slalu pon dapat makan bende2 camtu. ye dak??

Sunday, September 13, 2009

buko POSe

Date: 12 September 2009
Time: 6.00 pm
Venue: Ayam Penyet AP Sunway Mentari

almost two years kitorang Ex students MRSM PC tak buat reunion. last minute preparation, finally dapat jugak la buat reunion kecik2. At first, aku just nak invite dak2 area shah alam and subang je. suddenly, dak2 area kl, sepang, selayang sumer turun gak. bagus betul diorang nih. hihi.. yang paling jauh datang reunion semalam ade 3 orang. Muhsin dari Uk, Farahim dari India and Ita dari Jepun.

just wanna thanx to all Pcianz members for ur efforts to come and breakfasting together-gether. credits to Onyen sebab in charge tempat. credits to Din, Muhsin for inviting our members. Credits to Sarah for her transport. hehehe

insyaAllah, there will be next reunion with more fun and excitements! Just wait and see!

love ya!





Wednesday, September 9, 2009

Malam Tujuh Likur

Raya Pelita Pictures, Images and Photos

pejam celik...celik pejam..
ade lebih kurang 10 hari lagi kite pose.
bunyi mercun sudah mula berkumandang tiap-tiap malam.
seronok je.. tapi kadang-kadang macam haram gak. budak2 main mercun baling kat umah aku. baru je nak lelap, BANG!! aish..tercabot limpa aku.

time kecik-kecik dulu, main bunga api ni faveret aku. kumpul duit sekolah, pastu beli bunga api kat pasar malam. lepas je berbuka, ikut mak gi terawikh dulu..tengah solat x khusyuk ni..excited sangat nak main bunga api.
haa..lepas je solat witir, cepat-cepat balik umah. pasang pelita, sangkut atas pagar. aku ingat lagi dulu-dulu.. abang aku, Abe Je penah buat pelita guna tin minuman. kira kreatif la..time tu mane de duit nak beli pelita yang comel2.. recycle je tin minuman. sonok..sambil pusing2 bunga api, nyanyi lagu rayer. walaupun sumbang, tapi best!

esok pagi, mak mesti bising sebab laman rumah bersepah dengan batang bunga api. ye la, lepas main je, buang merata. hohoo..
macam2 bunga api n mercun kitorang main.. bunga api kucing, bunga api warna-warni, bunga api biasa.. mercun ayam, mercun gasing, mercun roket, mercun naga, mercun ketupat, bola, botol, mercun lalat, mercun tarik tali.. aish..macam2 lah mercun yang aku penah main. hehe..

tahun ni, ingat nak main mercun bawang la. ahahaha..costing.

Thursday, August 20, 2009

HENTAMAN berat!

banyakkan bersabar.
aku rase ni salah satu dugaan yang Tuhan bagi kat aku before aku menempuh bulan Ramadhan nanti. huhuhu
tadi, time kelas Gastro, aku baru dapat tahu yang 28hb Ogos ni ada modul untok dak2 part 3.
Bodo.
aku da beli tiket 28hb tu. kunun2 nak balik buke pose ngan mak ayah. Universiti *** leh bantai lak buat modul time merdeka.
ngok!
then, aku berpakat la ngan dak2 ni nak skip, pegi modul Semester depan. pegi tanye kat ofis, alik2 kene marah. aish.. kalo nak skip, kene buat surat. kalo x, naik court. PARAH!
so, last2 aku buat kputusan, pegi je la modul tu.
balik je umah, merempit pegi stesen bas, nak tukar tarikh tiket. Dahla panas, dalam ati ni pun PANAS gak. Si abang tiket tu lak dok bising2 sebab aku n kawan aku nak tukar tiket. kang ade jugak yang nak kene tikam ngan aku!
Dah la tiket balik klantan susah nak dapat. bile da beli awal2, jadi camni lak.
sabor je la ngan U*** bodo tu. kalo aku jadi Dekan Fakulti, aku nak tukar sume rules yang macam bangang tu!!

p/s: banyakkan mengucap...

Saturday, August 15, 2009

FHM 2009

Date: 11-14 August 2009
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre

it's was TOTALLY fun and awesome!
lots of free food testing!
such a waste for those yang tak pergi...













P/s: mereka yang peka terhadap virus selsema BABI.

Tuesday, August 11, 2009

aku tak faham

berkira?

ini bukan subjek kira-kira mahupun subjek akaun untuk SPM. di sini aku just nak share ngan korang sikit. ape pendapat korang bila berdepan dengan orang yang suka sangat berkira.
aku da fedap dengan spesis berkira nih.
tukar mentol lampu rm3. Dengan muka tebal tak malu, die mintak rm1 sorang. stakat singgit pon berkira ke? kalo aku tukang tukar mentol tu, segan kot nak mintak singgit.

ok fine. tu aku bleh accept lagi.
tapi kalo kuar beli barang umah, contoh guna duit dia beli barang umah rm5.42 sen. dengan sen-sen tu dia mintak. kamon lah. stakat 42 sen tuh. bundar je lah. xpon tayah kira sen tu.

die ngan laki die same je pesen nye. patot lah diorang kekal sampai skarang. masing2 jenis berkira. aku tak tau la macam mane diorang leh hidup. laki die tu berlagak je baik. padahal same je jahatnye. aku ta kisah la korang nak cakap aku ni mulut cabul ke, mulut celupar ke. tapi da geram sangat2 kat diorang nih. kadang2, dalam idup ni, kite jangan la nak berkira sangat. nanti orang sekeliling ni naik menyampah. rase nak tonyoh je muke kat tong sampah.

kalo kite ni pemurah, insyaAllah idup diberkati. jangan nak penting diri sendiri sangat. nanti diri tu yang rugi.

p/s: aku pon bukannye baik sangat.