Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Akhir--

Exam mode~ ada 5 paper yang aku kene seat. starting from 31 october 2009 until 15 november 2009.. *culinary history and gastronomical literature* - done! *foodservice system management* - done! *fundamentals of hospitality and tourism industry* - done! *human nutrition* - done! *pastry and confectionery techniques* -done! so guys, wish me all the best! hopefully dapat DL this sem!! amin2...

This is the Day!

tanggal 27 Oktober 2009.. telah menyaksikan graduan2 dari diploma Seni Kulinari berjaya mendapat segulung diploma! Setelah 3 tahun aku berpenat lelah, akhirnya usaha aku selama ini tidak sia-sia. Walaupun hanya segulung diploma (mungkin sesetengah orang memandang rendah terhadap diploma berbanding dengan ijazah), namun aku tetap bersyukur atas anugerah yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah.. ketika perarakan di karpet merah untuk menuju ke Dewan Sri Budiman, kelihatan ibu bapa, adik abang kakak, makcik pakcik, sahabat taulan dan semua tersenyum melihat para graduan yang segak mengenakan jubah graduan. aku yakin bahawa semua ibu bapa merasa bangga melihat anaknya berjalan ketika itu. kelihatan sesetengah daripada mereka mengalirkan air mata kegembiraan di atas kejayaan anak-anak mereka. sebaik sahaja majlis selesai, aku melangkah keluar dewan. semua graduan berpusu-pusu mencari ibu bapa masing-masing. tapi aku? hanya keseorangan saja. perasaan sedih mulai terbit di benakku. disebalik p

feeling of being satiety~ photos

feeling of being satiety~

rumah terbuka.. open house.. dan macam-macam. weekend lepas, aku spatutnya balik Rawang, umah kakak aku. kitorang kemain plan nak buat BBq. last minit kene cancel sebab kak na ada kursus. so, terpaksa la aku dok shah alam.. Ari jumaat pegi Hotel Times Square, interview Corporate Chef. Da settle assignment, balik umah. penat siot. Sabtu tu plak, ade 3 open house! Pepagi buta..aku dapat mesej dari Datin Dila. Katenye paez buat makan stat pukul 10am-2pm!. gile ape? aku tengah terbungkang lagi time tu. bile da bersiap-siap, aku tepon paez. katenye datang lepas ZOHOR. rase nak terajang je. huuhuh. Lepas je zohor, konvoi pegi Sunway, umah paez. Sume dak DCA da sampai kecuali Tengku Tariq Tiskandar. aku pon xtau la. busy manjang. Kitorang da siap melantak mee kari, dia baru sampai. Next station, umah Shuk kat subang. Perut ni boleh isi lagi. Mama Shuk pon masak mee gak, mee rebus ngan air sirap laici. sedap! tangki perut aku macam nak penuh dah ni. rileks2 dulu.. bila da rasa lapang sikit, ki

seminggu

cuti raya seminggu memang tak cukup untuk aku. aku rase, orang len pon same cam aku gak kan? ikotkan hati aku ni, aku nak cuti sebulan. hahaha..baru la best. bukan ape, time musim raya ni, sume orang pakat sibuk nak pegi open house. bile sume orang kuar, jalan pon jem. bile jalan jem, lambat la sampai. bile lambat sampai, makanan pon habis. tu je. tapi kalo difikirkan balik, tiap2 tahun raya memang penat, especially mak aku. bersengkang mata sampai ke pagi nak menyiapkan juadah untuk raya. mak sanggup ni bangun awal2 semata2 nak rebus ketupat daun palas. maklumla..ketupat daun palas yang mak buat ni, feveret anak2 die. hehehe. Cucu2 pon suke tau. anak-anak dia yang lain ade tolong x? ape lagi..membuta laa. hahaha (buruk perangai) xde la membuta mana pon.. ade gak tolong sikit2.. gosok2 baju, isi biskut dalam balang, sapu2 umah.. tu da memang rutin kitorang tiap2 tahun. hehe.. selain tu, orang bukan sibuk pasal raya je, ade jugak time raya-raya ni orang buat kenduri kawen. adoi.. menyir