Skip to main content

Posts

Showing posts with the label famili

Sejenak di Umah Nenekkk~

Dah berbulan-bulan aku tak balik umah nenek sejak keje kat kolumpo. Sekarang cuti sekolah, kebetulan kakak, abang balik. Lepas je majlis Cukur Jambul kat umah PC, kitorang pun gerak balik umah nenek kat Pasir Puteh. Nenek tak sihat. Dia sakit. Kesian aku tengok. Ayah pon nampak sedih je. Anak-anak buah aku plak kemain eksaited sampai sane. Berlari-lari~  Main pasir~ Makan buah salak~ *bila budak jakun turun kampung, camni la jadinye* hohohohho. Oyang bersama dengan cucu dan cicit~

Aidiladha 2011~

Salam Aidiladha kepada bloggers! amacam? best tak raya? setakat ni Alhamdulillah, tiap2 tahun eppoe sempat beraya kat rumah. Berbanding dengan tahun lepas, eppoe ngan peja jer beraya kat umah. tapi tahun ni, meriah sikit beraya. abang eppoe, Aje ngan Didi balik kampung jugak. *mula-mula kakak eppoe, Kak Na nak balik Kelantan, tapi last minit tak dapat balik..husband die tak dapat cuti. huahuahuahua. xpelah kak na, xde rezeki. heeehee. Nani ngan Peja pon tak balik sebab cuti pendek. ngeh ngeh ngeh~ akif ngan tokma Pagi ni, cuaca amat baik sekali! selesai je solat sunat raya, kami sekeluarga bergegas ke kampung di Pasir Puteh Kelantan. Sampai-sampai je kat umah Mak, macam takde orang jek. adeh (~,~) naik umah, tengok masing-masing tengah duk bekpes. orang kampung dah mula datang.  jom tengok lembu! khusyuk tengok lembu sedia untuk disembelih~ alhamdulillah.. selamat dikorban Aje ngan Didi mengheret kaki lembu~ perut lembu muda! diproses untuk buat asam perut lem...

Pre Wedding Photoshoot~

Hallu Bloggers! Alhamdulillah. Eppoe selamat sampai ke Kota Bharu pukul 5.30am pagi tadi.  sampai-sampai je kat umah, kemas baju. mata ngantuk tak cukup tido.. ape lagi..MEMBUTA.. ZZZzzzZZZzzZZzzz.. Sedar-sedar je dah tengahari. Hiarghh..*menggeliat* makan tengahari (nasi bungkus pagi) heeee~ pastu terus mandi. bersiap-siap nak pegi photoshoot abang. lokasi? Taman Tengku Anis Pengkalan Chepa. Janji kul 3.00pm, tapi kul 3.40pm baru sampai. lambat sebab? sebab Eppoe bangun lambat. kekekekeekekeke. Cuaca memang PANAS~ Abes kulit Eppoe jadi tan yer..(sememangnya dah gelap sejak azali lagi..) Alhamdulillah..walaupun cuaca sedikit panas, tapi model-model memberi kerjasama yang cukup baik sekali.  Selesai saja photoshoot, kami singgah ke RFC Restoran. makan western. Eppoe ngidam nak makan lamb chop.. murah je.. RM10.00. nak kata SEDAP GILER tu, xde la..tapi sedap jugak..uhuhu. Lebih kurang pukul 6.00pm, kami gerak balik umah. ni ade 2,3,4,5 keping gambar photoshoot tadi. *saya juru...

Hospital Selayang Pandang~

Pagi-pagi lagi Eppoe dikejutkan dengan bunyi baby Ammar menangis kat bilik bawah. nak tak nak kena bangun la jugak. baby dah siap mandi dah. patut la menjerit..sejuk la tu. sarap nasi lemak. mula-mula kak na nak pegi hospital dengan abang eman je. budak-budak duk umah je ngan eppoe. sekali, abang eman cakap suh siap-siap. mandi kerbau (sejuk+nak cepat) kakak tengah makan nasi lemak. kitorang nak gerak dah.  sekali kakak cakap, tak nak ikut Ummi.. so, kami tinggalkan dia dengan Kak Su (orang gaji sambilan) setiba di hospital, dah settle register, nurse cakap appointment pukul 2.00pm. jam sekarang baru pukul 12.00pm. nak tunggu pukul 2.00pm lambat lagi. so, eppoe pon call Mak Tam gtau nak singgah Gombak.  setiba di Gombak, ramai plak yang ada. Ada Nenek, Kak Jah ngan Cik Lah. Diorang baru sampai pagi tadi..Sabtu ni ada kenduri saudara kat Seremban.  sonok jugak la dapat jumpa saudara mara ni. lebih kurang pukul 2.00pm, kami gerak pegi Hospital Selayang Pandang..  punya...

Mak Jemah balik Umah~

sudah hampir 3 minggu aku tinggal di rumah kakak di Rawang. nak kata jadi bibik, tak jugak.. tapi lebih kurang bibik la.. cuma "UP" sket. keje bibik kena bangun awal, tido lambat. tapi aku ni, tido lambat dan bangun lambat. haa..spesel kan? ohohohohoh kakak sulung aku baru lepas bersalin, (operate) jadi sakit operation tu tak hilang-hilang lagi. jadi, pagi-pagi, aku la yang kena mandikan baby Ammar. Nasib baik pernah tengok mak mandikan baby, so takde lah kekok sangat. (praktis untuk masa depan katanya!) baby bath! senget la plakk di hospital sblum baby amik darah~ sambil2 tunggu doktor amik darah, posing2 dulu~ lepas mandikan baby, masak untuk tengahari. then, jemur baju. pastu tengok TV, angkat baju, masak lagi.. macam tu lah lebih kurang nye. Menjaga baby ni tak penat mana pon, tapi nak menjaga KAKAK kepada baby ni yang susah sikit.. Sorang umur 5 tahun, sorang lagi umur 4 tahun. dua-dua pompuan. perangai masing-masing takyah cakap la. pandai je menjawab men...

ibu, jangan menangis lagi (II)

sedih. sebak. hari ni mak menangis lagi.. aku paling pantang dalam hidup aku kalau ada orang yang menyakitkan hati MAK aku.. dah lama kami bersabar.. kami diam je. tapi sampai bila? aku tak sampai hati tengok mak aku asyik bergenang air mata. Mak sememangnya seorang yang tabah. aku berdoa semoga Allah memberkati keluarga kami. InsyaAllah.. Mak, jangan risau. Nurul janji akan jaga keluarga kita..

Selamat Hari Lahir AYAH!

assalamualaikum bloggers! 06.06.11. genaplah umur ayah 60 tahun. haih. walaupun dah masuk 60 tahun, tapi ayah tetap gagah dan kuat seperti dulu. dah lama Eppoe tak pulang ke kampung sejak tamat degree bulan lepas. InsyaAllah Eppoe akan pulang dalam masa terdekat ni. (p/s: abang Eppoe yang sibuk suruh balik, die nak Eppoe jadi photographer untuk Pre-wedding photo die.. haihhhh.) ok, berbalik pasal ayah.. ayah dah banyak berkorban untuk keluarga kitorang. Kecik-kecik dulu, aku rapat dengan ayah sebab mak sibuk kerja. (FYI, mak seorang Nurse, keje banyak Shif). Petang-petang ayah bawa aku naik motor (duk dalam bakul motor) pusing-pusing amik angin. huhuhuhu.. time kecik-kecik dulu, semua adik beradik takut dengan ayah. Ayah memang garang orangnya. Pagi-pagi kalau bangun lambat nak pegi skolah, ayah tinggalkan kami dan terus pegi keje. (Eppoe, kakak Nani ngan Abang Peja) Time tu masing-masing menggelabah sebab tak dapat pegi sekolah!! (Eppoe rasa kalo budak zaman sekarang ni, suka k...

Hari Emak

aku rasa masih tak terlambat untuk aku mengucapkan SelaMat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di seluruh dunia terutama sekali buat ibu ku, Rahimah bt Wan Daud. Love you mom!!! not to forget to my beloved sister Marziana Ismail and also my sisters in law Wan Nurul Kalbi and Siti Salamun. Happy mother's Day!

Home Sweet HOME!!

alhamdulillah. dah dekat sebulan aku keje kat kepci. pegi keje pagi, balik keje malam. tak sempat nak tengok matahari. sampai-sampai je kat umah, mandi pastu tido. tu je la rutin aku hari-hari. sangat takde LIFE! hihihihih..unless kalo ada bola, baru la aku kuar g mamak tengok bola ngan dak-dak ni sambil anyam ketupat sebakul dua. sedang aku mengupdate blog ni, aku dah ada kat KAMPUNG! *amik cuti 5 hari (kebetulan ada appoitnment gigi 19hb ni) sangat best! dah lama tak balik kampung. rindu nak breakfast makan nasi berlauk, nasi impit, nasi kerabu dan segala! my sis, naniey belikan 3 bungkus KOPI TENOM dari Sabah! boleh la aku bawa bekal wat g shah alam. kehkehkehkehkeh. semalam setiba di rumah, sempat lagi aku buat kuih lapis..faveret anak buah aku. diorang suka makan selapis selapis..ahahaa. tapi kuih aku buat tu lembut cikit, susah diorang nak bukak. hohoho.. kuih lapis dari seorang perantauan. pagi-pagi lagi dah memekak..terpaksa la bangun awal. haih..ingat ka...

Engagement Ring~

Alhamdulillah.. selesai sudah majlis pertunangan abang kesayangan saya, Mohd Faizal Ismail dengan pasangan nya Nur aimi hari ini. Penat? takyah cakap la ye. huhuhu. Sebelum berangkat ke rumah pihak perempuan, sanak-saudara semua berkumpul kat rumah kitorang. ramai jugak la tetamu yang datang untuk menyertai rombongan meminang ni. jadi, kena la hidang air, makanan dan sebagainya. dan saya, hanya saya anak PEREMPUAN yang ada di rumah.. Jadi, saya terpaksa la MERAJINKAN diri untuk buat kerja tu..*dah pakai lawa-lawa tapi kena basuh pinggan mangkuk. Adeh~ (^,~) Tapi nak wat cemane..nak jadi anak SOLEHAH kena la rajin..hihihih sekitar pukul 3.30pm, kami bertolak ke rumah pihak perempuan. Cuaca sangat Panas! Selesai sudah sesi madah-bermadah..petik bunga di taman dan sebagainya.. kemudian, sesi photoshoot pula.*Kegemaranku* Jari masing-masing tersarung sebentuk cincin tanda ikatan pertunangan. Oh. bila la giliran aku? hahahaha ok la. tanak bebel panjang-panjang. penat dah mena...

membanting tulang

assalamualaikum bloggers!! adeh. hari ni bangun awal..pukul 7.00am! sebab nye? mak ajak pegi umah aimi (bakal kakak ipar), kakak die buat cukur jambul untuk anak kembar dia. COMEL giler twins tu! lepas kenyang makan roti jala cicah kari, jalan kaki balik rumah. konon nak sambung tido, tapi macam dah siang la plak.. last-last aku merajinkan kakitangan untuk kemas rumah! walaupun rumah aku ni sekangkang kera je, tapi nak kemas umah punya la PENAT TAK INGAT DUNIA! aku start kemas bilik dulu. tukar cadar, sarung bantal. pastu sapu bilik, mop lantai, tukar cadar baru..kaler biru..same ngan dinding bilik. hohoho. settle bilik, kemas dapur..cuci tandas.. (keje aku ni dah macam makcik cleaner. beza nya makcik cleaner dapat gaji, aku keje free. adeh) Siap! berehat jap..jemur kain baju. pastu sambung kemas ruang tamu, bilik depan. kata mak, elok la tu.. nanti kakak ipar nak balik. cheh. tangan yang lembut dah jadi kasar sebab duk perah mop. katangggg! amik angin jap..sambung lap lantai kat tingk...

Berkorban ke?

aku dah kering idea nak letak tajuk untuk entry ni. hahaa sonok gak beraya tadi. selesai je solat raya, aku, peja, mak dan ayah bergegas balik kampung kat Pasir Puteh. adik beradik lain sume beraya kat kuar. *padan muke. sape suh keje jauh2? hihihi sampai je kat kampung, dah ramai dah menunggu. lembu ada dua ekor kat tepi perigi. tunggu masa je nak 'tumbang' ke bumi. settle salam-salam dengan saudara mara, breakfast ramai2 kat meja makan. matahari dah meninggi. Alhamdulillah.. lembu selamat disembelih. *aku x sempat nak tengok sebab pacat banyak kat bawah tu. so duduk atas rumah je. heh. nak kata busy, xde la sangat. tapi badan ni rase penat. mengalahkan orang yang sembelih lembu! ni antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa kat kampung! xde motip amik gambar cili tapai daun getah~ Jalak si ayam jantan masak atas kayu api the dagings~