Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Hai Selamat Datang!

"Hai Selamat Datang! BOleh Saya bantu? Makan sini ke bungkus?" hahahahaha *mulut sekarang tengah ulser kiri kanan. sumpah sakit gile setiap kali nak bercakap. tapi tahan je la..hari-hari kene mengadap customers.. macam-macam karenah ade.. Nak beli snack plate nak semua drumstick la..nak thigh tak nak wings... nak milo tak nak ais la.. tu ok lagi.. ni kadang-kadang dah tercegat depan counter bincang lama giler..last-last amik dinner plate.. nak campur spicy ngan original. pastu bincang lagi nak parts mane.. adeh.. Dinner plate je kot.. bukannya nak order steak tenderloin medium well done.. heh.. dunia ni ade mcam-macam ragam manusia.. sabor je la.. *psstt: first day keje ari tu dah dapat AWARD best CASHIER dari CER! p/s: kalo korang nak aku serve, sila-sila singgah kt KFC Extreme Park ye? uhhuhuh

Kepenatan bekerja!

Yummyyyy! assalamualaikum bloggers!! lama giler eppoe tak update blog~ hehehe.. cuti sem ni, eppoe dah start keje KFC.. thanks to Sir Amir sebab jemput eppoe keje balik kat Extreme Park! hohohoh. Si anas gemuk sambung keje kat TeScO, Eppoe ngan Fik keje kat tempat lama~ ehheeeee. Seronok! sebab staff sume eppoe dah kenal..hoohoo cuma agak penat sikit la sebab customer ramai giler. by the way~ KFC sekarang ada menu baru.. EGG TART yang sangat SEDAP!!! So, ape lagi~ singgah2 la ye kat KFC!

Engagement Ring~

Alhamdulillah.. selesai sudah majlis pertunangan abang kesayangan saya, Mohd Faizal Ismail dengan pasangan nya Nur aimi hari ini. Penat? takyah cakap la ye. huhuhu. Sebelum berangkat ke rumah pihak perempuan, sanak-saudara semua berkumpul kat rumah kitorang. ramai jugak la tetamu yang datang untuk menyertai rombongan meminang ni. jadi, kena la hidang air, makanan dan sebagainya. dan saya, hanya saya anak PEREMPUAN yang ada di rumah.. Jadi, saya terpaksa la MERAJINKAN diri untuk buat kerja tu..*dah pakai lawa-lawa tapi kena basuh pinggan mangkuk. Adeh~ (^,~) Tapi nak wat cemane..nak jadi anak SOLEHAH kena la rajin..hihihih sekitar pukul 3.30pm, kami bertolak ke rumah pihak perempuan. Cuaca sangat Panas! Selesai sudah sesi madah-bermadah..petik bunga di taman dan sebagainya.. kemudian, sesi photoshoot pula.*Kegemaranku* Jari masing-masing tersarung sebentuk cincin tanda ikatan pertunangan. Oh. bila la giliran aku? hahahaha ok la. tanak bebel panjang-panjang. penat dah mena...

membanting tulang

assalamualaikum bloggers!! adeh. hari ni bangun awal..pukul 7.00am! sebab nye? mak ajak pegi umah aimi (bakal kakak ipar), kakak die buat cukur jambul untuk anak kembar dia. COMEL giler twins tu! lepas kenyang makan roti jala cicah kari, jalan kaki balik rumah. konon nak sambung tido, tapi macam dah siang la plak.. last-last aku merajinkan kakitangan untuk kemas rumah! walaupun rumah aku ni sekangkang kera je, tapi nak kemas umah punya la PENAT TAK INGAT DUNIA! aku start kemas bilik dulu. tukar cadar, sarung bantal. pastu sapu bilik, mop lantai, tukar cadar baru..kaler biru..same ngan dinding bilik. hohoho. settle bilik, kemas dapur..cuci tandas.. (keje aku ni dah macam makcik cleaner. beza nya makcik cleaner dapat gaji, aku keje free. adeh) Siap! berehat jap..jemur kain baju. pastu sambung kemas ruang tamu, bilik depan. kata mak, elok la tu.. nanti kakak ipar nak balik. cheh. tangan yang lembut dah jadi kasar sebab duk perah mop. katangggg! amik angin jap..sambung lap lantai kat tingk...

burger dari bogor

abaikan tajuk tu. just nak bagitau, saya lapar. sedang asyik tengok ANTM, perut duk bunyik2.. jadi saya pon masaklah beger. p/s: saje nak propa lebih2. hehheeh

Berkorban ke?

aku dah kering idea nak letak tajuk untuk entry ni. hahaa sonok gak beraya tadi. selesai je solat raya, aku, peja, mak dan ayah bergegas balik kampung kat Pasir Puteh. adik beradik lain sume beraya kat kuar. *padan muke. sape suh keje jauh2? hihihi sampai je kat kampung, dah ramai dah menunggu. lembu ada dua ekor kat tepi perigi. tunggu masa je nak 'tumbang' ke bumi. settle salam-salam dengan saudara mara, breakfast ramai2 kat meja makan. matahari dah meninggi. Alhamdulillah.. lembu selamat disembelih. *aku x sempat nak tengok sebab pacat banyak kat bawah tu. so duduk atas rumah je. heh. nak kata busy, xde la sangat. tapi badan ni rase penat. mengalahkan orang yang sembelih lembu! ni antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa kat kampung! xde motip amik gambar cili tapai daun getah~ Jalak si ayam jantan masak atas kayu api the dagings~

Qorban

assalamualaikum. eheh. esok dah raya! tapi x rasa pape pon sebab adik beradik tak balik beraya tahun ni. huhhuuh. tapi takpe. itu bukan penghalang untuk aku sambut hari raya haji! esok ni, mesti banyak lembu kambing unta biri-biri akan tumbang. sebulan la gamaknye aku makan daging. haahaa. pape pun, just nak wish to all bloggers, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!

cahaya mata

mata adalah anugerah yang tidak ternilai harga nya.. saya ni seorang yang rabun..berkaca mata.. heeheh tapi kadang-kadang saya pakai kanta lekap (plain, xde kaler2) stiap kali pegi kuliah sebab selesa. kat rumah je saya pakai kacamata. bercakap tentang kanta lekap ni, sekarang ni sudah jadi trend dalam kalangan kita. macam-macam style ada..berwarna-warni! tapi, adakah kanta lekap yang dijual di internet itu selamat untuk dipakai? saya lebih selesa beli kanta lekap di kedai kacamata ataupun optometris kerana produk yang dijual di sana lebih terjamin berbanding dengan jualan di internet. tadi, tangan gatal menGOOGLE.. jumpa satu artikel pasal kanta lekap ni.. PENGGUNA kanta lekap perlu pasikan aspek kebersihan diutamakan setiap masa. Mahu bergaya atau undang bahaya? KETIKA mula diperkenalkan, kanta lekap tidak lebih daripada pengganti kaca mata. Golongan berkaca mata yang rimas menyarung 'teropong' mereka ini, boleh beralih kepada kanta lekap untuk mencari kelainan biarpun sukar ...

patah balik

ingat cuti sem ni nak cari keje kat umah je. so, semalam pegi la kat KFC dekat airport kota bharu. tanye die punye staff, skali tempat tu dah penuh. aku nak keje lah! huh. pulang rumah dengan kecewa. bukak facebook. skali Sir Amir (manager KFC Extreme Park) ajak keje kat tempat lama. aihh.. memang aku terima la! settle satu masalah. ada masalah lain plak. berkenaan dengan majlis pertunangan abang aku. aku janji dengan Sir nak gi keje ari isnin, so kena la balik Shah Alam paling lewat hari ahad. Abang aku lak tunang hari ahad tu. adeh. kalo aku x pegi majlis tu, kang ape plak kate abang aku ni. dah la adik beradik yang lain tak join. kalo aku pon xde hari tu, abang aku sorang-sorang je la. huuhhu. naye..naye.. lagipun, aku dah janji nak buat kek untuk majlis pertunangan tu.. stelah pikir panjang,,bincang ngan mak.. aku pon decide nak balik ahad malam. gamble! *harap2 ade lah tiket nye. kalo xde gak, lambat la aku gi keje..lambat la aku dapat duit! walau pape pon yang terjadi, FAMILY COM...

merah menyala~

cuti semester sudah bermula! walaupun cuti, tapi aku tetap busy. dapat tempahan kek..alhamdulillah.. ada jugak duit poket. 23hb november ni abang aku bertunang. tema kaler hijau. tengah pening kepala nak deco kek macam mana.. cupcakes ke kek seketul? which one is better? tadi aku ngan mak gatal tangan nak pakai inai. kate mak, inai sempena raya. heh. xde makne nye. ahhahaah. bila pakai inai ni, rase macam nak kawen la plak. ahaks! gedik. boyfren pon xde, gatai nak kawen. huhuhuhu

nak gi tadika

sonot bila dah start cuti. takyah nak sakit-sakit kepala study. weekend ni aku singgah umah kakak aku kat rawang. jumpe la anak buah yang buas tu.. maisarah ngan aliah.. bila tengok diorang main warna-warna lukisan, macam best la plak. hohoho. bertahun-tahun dah aku tak pegang pensil warna tu. asyik pegang pisau jer kat kitchen. last-last aku join skali main warna-warna. sumpah. sangat syiok! rasa puas ati bila dapat siapkan satu lukisan tu! ni la hasil-hasil kami!! p/s: pandai-pandai korang la judge lukisan tu.. hehehe. cuba teka..agak2 mane lukisan aku?

totally FREE!

YABEDABEDUUU!! akhirnya! berjaya menghabiskan final exam untuk semester 5 ni. kebanyakan soalan-soalan yang keluar sume taff-taff! dem. tawakkal je la. insyaAllah. Harap-harap lulus je la. tatau cemerlang ke cemerkap. kehkehkehkeh. time last paper aritu, mak tipon. die cakap hamster aku bersalin 6 ekor! teramat la serunak! tak sabar gile nak balik. time tengah exam petang tu, aku bukan nye khusyuk jawab soklan, tapi tengah duk pikir nama ape nak letak untuk baby hamster tu! ahahahahah. the next day, mesej my brother..tnye perkembangan baby hamster tu. then, Peja cakap.."Sume baby tu da mati." WHAT????????????? bergulung jantung aku dengar statement tu! wu..wuuw..wu..wu.. luruh..luluh..sedeyh! hurm..mak cakap, mak bapak hamster tu yang makan. dunno what to say lah! xpe la. janji mak bapak hamster tu ade lagi..nak suh dua ekor tu buat anak ramai2! hohhoooh..

Holiday at Tioman

sorry, baru nak update~ ngeeee.. nak kata aku pegi bercuti, tak jugak sebenarnya.. tujuan UTAMA pegi Pulau Tioman sebab nak settlekan assignment Community Nutrition. Kitorang kena pegi buat nutritional survey dengan penduduk kampung kat pulau tu. Nak kata best.. aku pon xtau best ke tak.. huhuhhu.. tapi kira ok la.. Kami stay kat Berjaya Resort.. Memang selesa duduk kat Apartment tu. pape pon, tengok la gambar2 sepanjang kami kat TIOMAN!! FIRST DAY~---> On the Way SECOND DAY---> Survey penduduk THIRD DAY~---> Island Hopping LAST DAY---> Shopping around Tioman