Skip to main content

Posts

Resign~

saya dah hantar surat resign KFC.. terasa berat hati la plak nak tinggalkan FAMILY KFc.. maklumlah.. dah sebulan lebih keje kat Extreme Park tu. masing2 dah anggap macam family. tapi tu la kan..demi pelajaran, kene la berhenti.. insyaAllah kalo rajin, saya akan buat part time.. keje weekend je JUMAAT dan SABTU. at least ade la jugak duit poket~ heheheeheh MISS YOU GUYS!

Hati Yang Kau Sakiti by ROSSA

jangan pernah katakan bahwa cintamu hanya untukku karna kini kau telah membaginya * maafkan bila memang kini harus kutinggalkan dirimu karna hatiku selalu kau lukai ** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa reff: ku menangis membayangkan betapa kejamnya dirimu atas diriku kau duakan cinta ini kau pergi bersamanya ku menangis melepaskan kepergian dirimu dari sisi hidupku harus slalu kau tahu aku lah hati yang telah kau sakiti repeat *, ** repeat reff ku menangis harus slalu kau tahu aku lah hati yang telah kau sakiti

keputusan final exam

saya sangat busy keje kepci sampai nak post blog pon x sempat. by the way, result final exam dah kuar.. Dekan? jauh sama sekali. tapi ape pun, saya bersyukur dengan pointer tu.. walaupun hanya naik 0.02 je. at least sume subjek saya lulus.. walaupun dapat 3.++ , tu da kira ok la..lagipun time final ari tu, saya xde la study gila babas~ heehhee.. pemalas sangat..asyik facebooking je, inilah jadi nye. pape hal pon, life must go on! sem depan cuba lagi~ yeahhhha! layan kfc lagi bagus!

ibu, jangan menangis lagi..

aku sedar, aku bukan seorang anak yang baik. namun, sejahat-jahat aku sebagai seorang anak, tidak pernah walau sekalipun aku membuat ibu ku menitiskan air mata. sudah setahun.. setahun yang lalu hati ibu ku pernah terluka. terluka dek perbuatan seorang insan (tidak perlu aku nyatakan siapa). walau sedemikian, ibu tetap tabah membela dan menjaga 6 orang anak nya sehingga berjaya. setahun sudah berlalu.. luka lama kian pudar.. akan tetapi, insan tersebut telah merobek kembali hati ibu sehingga luka berdarah. aku tidak pasti.. apakah dosa ibu sehingga diperlakukan sedemikian rupa? salahkah didikannya? TIDAK. aku pasti ibu sudah melakukan tugasnya sebagai seorang ibu dengan sebaik mungkin. ~*~*~*~ perjalanan aku dari shah alam ke kota bharu mengambil masa kira-kira 8 jam. setelah solat subuh, aku melelapkan mata. matahari semakin meninggi. aku bingkas bangun. kelihatan tiada kelibat ibu dan ayah di luar. aku menekan punat alat kawalan jauh. rancangan Melodi bersiaran di TV3. a...

I'm WORKING!

yeay! setelah seminggu saya menganggur, akhirnya saya berjaya mendapat pekerjaan yang HALAL iaitu sebagai staf KFC! di mana lokasi nya? Extreme Park Seksyen 13 Shah Alam KOTA KERIANGAN. ari ni first day keje. agak kelam kabut. staf sume okay, cun2..hensem2.. heheeh agak hectic bekerja di sana sebab KFC Extreme PArk antara KFC yang TERSIBUK di Malaysia. huahuahauhaua.. ramai yang tanye, kenape x keje KFC kat Seksyen 2 or Seksyen 7? jawapan saya? sebab kat Extreme PArk leh usha students PTPL ngan MSU. muahhaha. kalo keje kat Seksyen 2 or 7, bersepah budak UiTM. hihihi xde lah. actually saya dan encik Anas dapat kat Extreme PArk sebab Manager KFC tu kawan kepada Encik Anas ni. sebab tu dapat terus keje. *credits to Anas sebab ajak aku keje ngan ko. tak sabar nak dapat first GAJI! Menu-menu ni sume kene hafal supaya senang nak explain kt customers. so, let's get back to WORK!

bawa anak2 pegi jalan2

final exam sudah berakhir. masing-masing mula sibuk mencari pekerjaan part time/ full time. saya? masih belum mendapat panggilan dari majikan. Amyra, Fana dan Yati akan memulakan TRAINING mereka hari ini selama 3 hari di Pizza Hut Customer Service Center dekat PJ. Selepas menghantar mereka pegi Training, saya dan encik Anas membawa anak2 pegi Dataran Merdeka. ni first time saya jijak kaki ke sini. sumpah. ya. memang saya jakun. tak pernah sampai Dataran Merdeka. kami melepaskan anak2 kat atas padang. Swift si kelabu dan Jazz si cokelat. masih kecil..umur 2 bulan. sangat seronok melihat mereka makan rumput2 segar. melompat ke sana ke mari. GIRANG SEKALI! sekali sekala kelihatan kelibat pelancong yang lalu lalang di dataran dan mereka tertarik dengan keletah anak2 itu. setelah penat melompat ke sana ke mari, akhirnya mereka berdua tertidur akibat kepenatan. SO adorable! terima kasih kepada Anas kerana membenarkan saya menjaga Jazz dan Swift selama 2-3 hari ni. huhuhuh

2 minggu penyiksaan!

baiklah. saya amik 6 papers untuk semester ini. kebanyakan soklan yang kuar sume nye macam HARAM je. tak yakin dengan jawapan tu. rase2nye banyak 'menggoreng' daripada fakta. haish. semalam tak tido gara-gara takut sangat dengan subjek PRocurement. sekali die punye soklan.. perghhh! memang TAK lah! tapi bantai gak la sebab kalo tak jawab, sia-sia la aku berjaga malam tu. oohhh! sangat bimbang dengan keputusan sem ni. nak harap Dekan? jauh panggang dari api~ janji lulus je la ye? hehehehe

tolong saya

kenapa saya xleh nak fokus study ni.. adoi.. baca punya baca, still x masuk dalam otak. almost give up lah. YA ALLAH! BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA HAMBAMU INI~ AMIN..

Coffee Talk di Kedai Kopi

malam itu, hanya kami bertiga di rumah. *tiqah*Eppoe*Bai* "kito nok make gapo male nih? lapar ni.." tanya saya. "kite makan angin je la kat luar tu.." jawab mereka. cis. *beep...*bepp...*bepp.. bunyi mesej dari Gurik. Pucuk dicita, ulam mendatang. Tau2 je saya tengah lapar..die nak ajak lepak plak. ape lagi, JOM! Makan di Kedai Kopi depan Dataran Shah Alam. Hujan renyai-renyai. Saya order kuey teow goreng. kucai, taugeh melekat celah gigi. ohh..tidak selesa! Dah nama pon Coffee Talk, banyak la isu2 semasa yang dibualkan. tup..tap..tup..tap.. jam nak dekat kul 12.00am. Kami beredar. bukan pulang ke rumah, tapi bergambar di Dataran. heh~