Skip to main content

Posts

selamat Berpuasa~

Assalamualaikum bloggers! selamat menjalankan ibadah puasa dan semoga ibadah kita diterima Allah SWT.. insyaAllah..

sibuk

hallu bloggers! sorry la lama tak update blog. sekarang ni eppoe baru keje. jadi agak busy dan tak sempat nak online. insyaAllah nanti eppoe update! take care guys!

Bercanda Di Pantai~

hallu bloggers! lame dah tak update. ari tu, eppoe ngan kawan-kawan pegi makan angin kat PANTAI CINTA BERAHI a.k.a PANTAI CAHAYA BULAN. Sangat BEST! sampai je kat sana, eppoe terserempak dengan sepupu eppoe. dia ada gerai makan kat sana. apa lagi, kitorang lepak makan kat situ je. MURAH dan SEDAP! SATAR ikan! kami order air kelapa susu, seafood goreng-goreng. pastu beli satar, otak-otak, colek buah. perghh.. kenyang gile! Colek Buah~ seafood goreng2! Licin! sonok tengok ada orang main layang-layang. teringin nak main tapi takut layang-layang tak naik. ahahahhaah agak-agak dah petang menjelma, kami pon balik.. macam-macam pilihan main layang-layang! CEO Tanam Anggur Holdings 1 - Amalia CEO Tanam Anggur Holdings 2 - Iha Student lagi - Kak Pah CEO Tanam Anggur Holdings 3 - Eppoe p/s: rasa nak minum air nyiur lagi!

KUKU BESI

tadi gua tengok berita. dari gua kecik, sampai gua sekolah, sehingga la gua tamat belajar, isu kemiskinan negeri Kelantan tak pernah luput. hari-hari mesti ada berita tentang negeri Kelantan.  katanya, kelantan ni negeri paling miskin di Malaysia. Tak kesah lah paling miskin ke, paling mundur ke..Asalkan rakyat jelata mampu hidup aman damai. Gua bukan nak berpihak atau menunding jari kepada sape-sape. ini luahan hati gua saja. kenapa mesti nak mengutuk negeri kelahiran gua? memang gua akui, Kelantan takde bangunan tinggi macam KLCC, takde Bukit Bintang nak lepak-lepak. tapi setakat gua idup kat Kelantan ni, hidup gua aman je. sebagai rakyat, gua rasa pembangunan tu memang penting. tapi, xperlu lah dimegah-megahkan. cukup lah jika negeri gua mempunyai kemudahan yang perlu sahaja. Eg: Pasaraya, Masjid, Stesen Bas, laluan jalanraya yang baik, etc. p/s: penat tengok berita. tiba-tiba emo. tambahan: frust tak dapat jumpe KUKU BESI !

Jari Putus Depan Mata

hujung minggu yang tenang.. bangun pagi..bekpes.. layan Facebook.. tiba-tiba.. "Kak Mah! Kak Mah!" Aku bergegas keluar.. "ado gapo Kak Na? Mok takdop..tubik gi Koto Baru nga Peja," "Acu mari kelih ni..jari Mat Pit putuh nih!!!" aku dengan ayah cepat-cepat keluar. Macamana boleh jadi macam ni?? Kak Na gitau, jari Mat Pit terkepit dalam rantai basikal. Mat Pit mengerang kesakitan. darah berlumuran di jari kirinya. tanpa membuang masa, aku menyuruh ayah menghantar Mat Pit ke klinik berdekatan. Kain buruk yang membaluti jari Mat Pit basah dengan darah. aku segera mengambil bandage lalu aku hulurkan kepadanya. Dia membuka kain di jari nya. MasyaAllah..satu ruas jarinya hilang! Menggigil aku tengok. tapi aku buat-buat biasa..lalu membalut jarinya. Ayah segera ke klinik dengan nya. Tak lama kemudian, Cik Jie datang ke rumah. "Nurul, (panggilan aku di rumah) acu tengok ni.. jari Mat Pit Cik Jie jupo dekat rantai basikal tu." Mak Aiihhhh! dia tunjuk pulak...

OJE~

OJE? Apekah? hahaahahha. OJE adalah short term untuk On the Job Training. hari tu eppoe training kat Kenny Rogers TESCO. Alhamdulillah. semua berjalan dengan baik dan lancar. yang paling best, staff dan manager kat situ memang SPORTING GILA BABAS!!! Diorang ajar eppoe dari A-Z! memang TERBAIK~ seronok sangat kerja.. x rasa stress pon. *lagipun time tu tak busy pon. lebih kurang pukul 3pm, eppoe rehat. makan set Quarter Meal! pergh.. best giler! then, sambung keje balik..blajar buat coleslaw, fruit salad, pasta, bla bla bla. dalam pukul 6 lebih, epu isi borang penilaian. manager bagi gaji RM32. ehhehehe terus singgah COOL BLOG! Wah..dah lama giler x minum Cool Blog! Best2! p/s: cool blog kegemaran ---> HONEY DEW!

SEMPAT ke TAK??

Seperti dalam Entry sebelum ni, Eppoe ada bagitau yang Eppoe ada interview dengan Kenny Rogers di TESCO Kota Bharu. nak dijadikan cerita, petang tadi sebelum pukul 5.00pm, hujan lebat sangat! selesai solat Asar, eppoe bersiap-siap. Pakai kemeja dark blue, seluar slack hitam, selendang dan kasut hitam. mekap sikit.. ehhehee. dalam pukul 5.30pm, abang eppoe (Peja) baru siap solat Asar. *dalam hati, SEMPAT ke nak sampai TESCO sebelum pukul 6.00pm? Kami pon bertolak la.. Mak aihh...JALAN JEM = orang baru balik kerja + Hujan! ##$^%&^ dalam hati berdebar-debar ni..takut tak dapat interview. Hujan tak berhenti lagi. kalo tak hujan, rempit ngan motor mesti dah sampai ni. lebih kurang pukul 6.30pm, baru sampai! 1 jam dalam kete! turun je kete, eppoe cepat-cepat berjalan menuju ke Kenny Rogers sambil betulkan baju dan tudung. 1st impression itu PENTING! Setiba di Kenny Rogers, Eppoe bertanyakan staf di situ. Dia membawa eppoe jumpa dengan Puan Interview (Eppoe tak tau nama Puan tu) hahaha...

Mencari Keje lagi dan lagi

hallu bloggers! last week eppoe menerima panggilan daripada HQ Kenny Rogers Roasters. Diorang dah dapat resume yang eppoe anta. Alhamdulillah. jadi, petang ni eppoe akan pegi interview di Kenny Rogers TESCO kota Bharu. Position? Assistant Restaurant Manager. Kalo ikutkan hati, eppoe nak keje dekat2 ngan umah je. al-maklumlah.. jimat sikit belanja. ehhehe lagipun, xde sape-sape kat umah ni.. ada mak ngan ayah. sunyi plak diorang bila anak-anak takde. ye dak? pape pon, wish me all the best! suatu ketika di Kenny Rogers~ mode: nervous!

Secara Rasminya bukan Seorang Pelajar~

Result final exam sudah keluar 2 hari lepas. tapi hari ni eppoe baru dapat access portal. nak kata result tu gempak tak de la sangat. Dekan? jauh sekali! tapi Alhamdulillah..still 3 pointer ke atas. fuhhhhhhhh. jadi dengan ini, saya Nurul Hafawati Ismail, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Kulinari telah tamat belajar untuk sesi 2011!! masa Graduasi Diploma tahun lepas, Eppoe sorang-sorang je. tak ajak pon mak ngan ayah. Graduasi kali ni baru nak suruh mak ayah datang sebab kami semua akan convo dalam Dewan baru.. Barulah mak ayah selesa sikit.. =P p/s: tak sabar nak Convo..main baling-baling topi!

introducing my Mr.D~

dah hampir sebulan eppoe tamat belajar. banyak kenangan pahit manis yang eppoe dapat sepanjang belajar di UiTM Shah Alam. termasuklah kenangan bersama kawan-kawan. kali ni eppoe nak story cikit pasal sorang kawan baik eppoe. nama penuh dia pendek. Anas bin Noor Afifi. uniknya si Anas ni dia TAK MAKAN NASI..(rasanya dah lebih 3 tahun kot tak makan) 2 tahun lepas... awal semester 3.. kami semua freshie lagi kat uitm. semua tak kenal antara satu sama lain. bila kita tak kenal dengan orang tu, macam-macam tanggapan akan hinggap dalam kepala otak kita. same goes with me. waktu tu, orang yang paling eppoe MENYAMPAH giler ----> Anas Afifi. setiap kali nampak dia masuk kelas, dengar je suara dia yang kuat tu terus eppoe benci. ANNOYING! + SUKE MELATAH! Anas ni plak, buat muka tak malu. Eppoe pon tak tahu kenapa Eppoe nyampah gile ngan si Anas ni. Benci tak yah cakap la.. hahaha. hari-hari duk ngumpat ngan  Cik Gurik  pasal si Anas ni. nak dijadikan cerita..Eppoe jumpe si Anas ni ...