Skip to main content

kehidupan..

bulan Februari menjelma tiba..
tapi aku sama seperti dulu, tiada perubahan.
kadang-kadang, aku tak tahu apa nak jadi ngan aku ni. hidup tiada arah tuju.
ibarat lalang ditiup angin..
namun aku redha dengan ketentuanNya. apa yang ku harapkan ialah kebahagiaan akan senantiasa di samping ku.
hari ini, saat ini, aku berada di luar kawasan yang sepatutnya. (luar dungun). haahhaaha
sekali sekala, apa salahnya aku keluar untuk menikmati keindahan ciptaanNya yang sememangnya PERCUMA. tiada bayaran.
sudah bosan dengan pemandangan pantai, bertukar pula dengan keindahan kota metropolis di Kuantan.
ahh..(sigh) hampir setahun aku tidak menjejakkan kaki ku ke Qwantan.
nampak nya, bangunan baru terbina ibarat cendawan baru tumbuh..
maju..
kepulanganku ke rumah makcik disambut dengan seorang kanak2 riang yang bernama Damien Agil. sudah besar rupanya.
pertuturan?? jauh langit dengan Bumi.
aku berasa bangga apabila mendengar perbualan dai seorang kanak2 yang baru berusia 3 tahun setengah itu.
"what are you doing kakak?" katanya.
"nuthin," balas ku.
"this is hamster's house," sambungnya.
aku tergamam. betapa pandainya dia bertutur dalam bahasa Inggeris.
apa yang mengejutkan aku ialah kanak2 itu belajar melalui pemerhatian.. Cartoon Network, Disney Channel, PHDC, Nickledeon..
hanya itu?
ya.
memang benar kata orang.
anak ibarat sepasang kain putih yang bersih..kita yang mencorak kehidupan mereka.
jadi, sementara kita masih muda, cubalah kita renung sejenak.
adakah kita yang dulu sepasang kain putih, telah menjadi sepasang kain sutera yang digilai ramai? hantar ke dobi untuk dry cleaning..
atau telah menjadi sepasang kain buruk untuk mengelap kaki?
fikirkan..

Comments

Popular posts from this blog

A Year Older

Sejak umur mencecah 3 Series ni, macam-macam benda jadi especially dengan kesihatan sendiri. Sejak beberapa bulan lepas (kalau tak silap masuk Ramadhan), aku ada bleeding after period. Dan aku rasa itu memang tak normal. Tapi masa tu, bleeding tu ada 2-3 hari je selepas 15 hari tempoh period. So aku assume tak de pape lah kan. Sampai la masuk bulan Ogos ari tu. Period pain aku teruk gila. Sekali lagi aku senggugut sampai tahap muntah keluar air nak tercabut usus. Yang paling best, aku senggugut masa aku tengah belajar buat kek lapis  Aku terpaksa stop, telan ubat and tidur kat umah Kak Noor. Sedar pukul 3pm, kek lapis semua dah siap! Sedih weh! Lepas je hari ke 15 tempoh period, sekali lagi aku bleeding. Mula mula buat rilek je sebab ingat benda ni datang kejap je. Sekali, sampai 2 minggu aku bleeding. Even dia tak banyak macam datang bulan tu, tapi manusia mana tak cuak kalau hari-hari kau berdarah kan? Mula la aku google. Fibroid. Cyst. Kanser rahim. Ok neves. Kebetulan ...

This is the Day!

tanggal 27 Oktober 2009.. telah menyaksikan graduan2 dari diploma Seni Kulinari berjaya mendapat segulung diploma! Setelah 3 tahun aku berpenat lelah, akhirnya usaha aku selama ini tidak sia-sia. Walaupun hanya segulung diploma (mungkin sesetengah orang memandang rendah terhadap diploma berbanding dengan ijazah), namun aku tetap bersyukur atas anugerah yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah.. ketika perarakan di karpet merah untuk menuju ke Dewan Sri Budiman, kelihatan ibu bapa, adik abang kakak, makcik pakcik, sahabat taulan dan semua tersenyum melihat para graduan yang segak mengenakan jubah graduan. aku yakin bahawa semua ibu bapa merasa bangga melihat anaknya berjalan ketika itu. kelihatan sesetengah daripada mereka mengalirkan air mata kegembiraan di atas kejayaan anak-anak mereka. sebaik sahaja majlis selesai, aku melangkah keluar dewan. semua graduan berpusu-pusu mencari ibu bapa masing-masing. tapi aku? hanya keseorangan saja. perasaan sedih mulai terbit di benakku. disebalik p...

Day 7 Restriction Of Movement 2020

Pertama kali dalam hidup 32 tahun, Malaysia buat Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara Covid-19. *mengeluh* Semua kena kuarantin duduk umah diam-diam. Pergerakan terbatas. Kalau rumah tu ada ramai orang best jugak buat sembang. Ni aku yang sorang-sorang ni memang bercakap dengan pokok, ikan je lah. At first rasa macam best gilaaaa dapat cuti. hari-hari upload gambar masak. Gambar makanan. Masuk hari ke 7, hamik ko. Dah taktau nak makan apa. HAAHHAHA Sudahnya, buka Sardin Cap Ayam, masaklah sardin tu sampai lebam.