Skip to main content

ibu, jangan menangis lagi..



aku sedar, aku bukan seorang anak yang baik.
namun, sejahat-jahat aku sebagai seorang anak, tidak pernah walau sekalipun aku membuat ibu ku menitiskan air mata.
sudah setahun.. setahun yang lalu hati ibu ku pernah terluka. terluka dek perbuatan seorang insan (tidak perlu aku nyatakan siapa). walau sedemikian, ibu tetap tabah membela dan menjaga 6 orang anak nya sehingga berjaya.
setahun sudah berlalu.. luka lama kian pudar..
akan tetapi, insan tersebut telah merobek kembali hati ibu sehingga luka berdarah.
aku tidak pasti..
apakah dosa ibu sehingga diperlakukan sedemikian rupa?
salahkah didikannya?
TIDAK.
aku pasti ibu sudah melakukan tugasnya sebagai seorang ibu dengan sebaik mungkin.

~*~*~*~
perjalanan aku dari shah alam ke kota bharu mengambil masa kira-kira 8 jam. setelah solat subuh, aku melelapkan mata. matahari semakin meninggi. aku bingkas bangun. kelihatan tiada kelibat ibu dan ayah di luar. aku menekan punat alat kawalan jauh. rancangan Melodi bersiaran di TV3. aku menonton nya tanpa menunjukkan minat. sekadar memandang gelagat Fara Fauzana dan Wahid.

Sementelah itu, ayah datang mendekati ku. Lalu dia menceritakan apa yang berlaku ke atas ibu ku. Mataku bergenang. Sebak mendengar kisah dari ayah. Perasaan marah turut membuak-buak di benakku.
Dasar perempuan! kata hati kecil ku. Aku cuba bersabar seboleh yang mungkin terutamanya di bulan Ramadhan ini. Kata ayah, ibu menangis seharian disebabkan perbuatan perempuan tu. aku segera mendapatkan ibu. ku lihat, sekujur tubuh sedang lena di atas kerusi panjang.
ingin aku memeluk ibu ketika itu.. namun, bimbang ibu akan terjaga.

aku hanya mampu melihat. Sayu melihat keadaan ibu. Aku berasa sedikit terkilan. Alangkah bagus nya jika aku pulang awal sehari. sekurang-kurangnya, aku ada di sisi ibu ketika itu. Berada di sampingnya ketika ibu dalam kesusahan.
Sepanjang berada di rumah, aku sedaya upaya menjaga perasaan ibu. Segala suruhan ibu, aku penuhi.
Malam itu, ibu terima satu pesanan ringkas SMS dari perempuan itu..memohon maaf dari ibu.
AAhh..perempuan! Sudahlah! tak cukup lagi ke kau lukakan hati ibu? Bukan sekali, tapi dua kali kau buat ibuku menangis! Aku berharap ini kali terakhir aku melihat ibu menangis. Jika berlaku lagi, aku tidak teragak-agak untuk menengking kau di depan ibu dan ayah. Sumpah!

p/s: ini kisah benar hidup aku. cerita ini terpaksa di olah sedikit supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.
SAYE SAYANG MAK DAN AYAH!


Comments

sayu je baca..
i know how u feel dear..
jim dh pernah rs jgk bile tgok owg sakiti hati my mom..
smpai jim pun menangis skali..

believe me,pelukan dr seorg anak dpt meredakn prasaan die tau..
eppoe said…
jim: thanx jim for ur support. epu mmg geram sgt. actually citer ni complicated, susah nk explain dlm ni.

now you know kenapa mata i sembab okay.

bukan sebab tido, tapi sbb sedih..
sepanjang epu taip post ni, x henti2 air mata ni mengalir. sampai kepala epu jadi pening.

adoi..
Najwa Sofwani said…
ak pun sero sebok bc post mu nih
wlape pun mslhnye, ak doakn smg allah s.wt kuatkan semangat mu n ibumu..k
aja aja fighting!!
eppoe said…
najwa: thanx wawa! uhuhuhh
citer aku ni xde kaitan dengan poligami..tapi psal bendo lain..
cmpur tgn org luar.
ish..susoh nok cito.

doakan family aku deh?

Popular posts from this blog

A Year Older

Sejak umur mencecah 3 Series ni, macam-macam benda jadi especially dengan kesihatan sendiri. Sejak beberapa bulan lepas (kalau tak silap masuk Ramadhan), aku ada bleeding after period. Dan aku rasa itu memang tak normal. Tapi masa tu, bleeding tu ada 2-3 hari je selepas 15 hari tempoh period. So aku assume tak de pape lah kan. Sampai la masuk bulan Ogos ari tu. Period pain aku teruk gila. Sekali lagi aku senggugut sampai tahap muntah keluar air nak tercabut usus. Yang paling best, aku senggugut masa aku tengah belajar buat kek lapis  Aku terpaksa stop, telan ubat and tidur kat umah Kak Noor. Sedar pukul 3pm, kek lapis semua dah siap! Sedih weh! Lepas je hari ke 15 tempoh period, sekali lagi aku bleeding. Mula mula buat rilek je sebab ingat benda ni datang kejap je. Sekali, sampai 2 minggu aku bleeding. Even dia tak banyak macam datang bulan tu, tapi manusia mana tak cuak kalau hari-hari kau berdarah kan? Mula la aku google. Fibroid. Cyst. Kanser rahim. Ok neves. Kebetulan ...

bad feelings

saya tension saya serabut saya geram saya sedih tak sanggup nak menghadapi rintangan ni.. bilakah ia nya akan berakhir.. *tears running through my cheek..

Aku Benci Betul!!

What is your name? Lu How old are you? sweet seventeen!! When is your birthday? 20 Zulhijjah. Are you looking forward to it? harus laa.. Why? nak makan kek pree.. Are you happy? mak suke nok. What makes you happiest? dapat duet. $$$ Are you afraid of something? not something. everything. Do you live alone, or with someone else? ma mere, mon pere Who? mak ayah aku la wei. Do you have any pets? semut itam What is your favorite cartoon? Chibi Maruko Chan. Pernah membuat ringtone henpon lagu itu. Have you ever hit a deer? motip drive dlm hutan?. Do you drink? 8 gelas sehari. Do you prefer beer or liquor? Root Beer A&W What is your favorite non-alcoholic drink? COOFFFEEE!!! What kind of cell phone do you have? SGH C260, Motorola K1, Sony Ericcson W580i Do you like it? uish..suke la ade enpon. cuma sengkek la nk top up. hehe What is the funniest word you ever heard? orang tersasul bercakap. PON BOLLEEHH Do you hate it when people call you "dear"? ngape nak panggil aku dear?? To...