Skip to main content

Malam Tujuh Likur

Raya Pelita Pictures, Images and Photos

pejam celik...celik pejam..
ade lebih kurang 10 hari lagi kite pose.
bunyi mercun sudah mula berkumandang tiap-tiap malam.
seronok je.. tapi kadang-kadang macam haram gak. budak2 main mercun baling kat umah aku. baru je nak lelap, BANG!! aish..tercabot limpa aku.

time kecik-kecik dulu, main bunga api ni faveret aku. kumpul duit sekolah, pastu beli bunga api kat pasar malam. lepas je berbuka, ikut mak gi terawikh dulu..tengah solat x khusyuk ni..excited sangat nak main bunga api.
haa..lepas je solat witir, cepat-cepat balik umah. pasang pelita, sangkut atas pagar. aku ingat lagi dulu-dulu.. abang aku, Abe Je penah buat pelita guna tin minuman. kira kreatif la..time tu mane de duit nak beli pelita yang comel2.. recycle je tin minuman. sonok..sambil pusing2 bunga api, nyanyi lagu rayer. walaupun sumbang, tapi best!

esok pagi, mak mesti bising sebab laman rumah bersepah dengan batang bunga api. ye la, lepas main je, buang merata. hohoo..
macam2 bunga api n mercun kitorang main.. bunga api kucing, bunga api warna-warni, bunga api biasa.. mercun ayam, mercun gasing, mercun roket, mercun naga, mercun ketupat, bola, botol, mercun lalat, mercun tarik tali.. aish..macam2 lah mercun yang aku penah main. hehe..

tahun ni, ingat nak main mercun bawang la. ahahaha..costing.

Comments

wah!MINAH MERCUN rupenya???
asal xwat bisnes mercun ni??hihihi..

jim suke bunga api je!
takot main mercun!
xbrani nk tggung risiko kecederaan..

Popular posts from this blog

A Year Older

Sejak umur mencecah 3 Series ni, macam-macam benda jadi especially dengan kesihatan sendiri. Sejak beberapa bulan lepas (kalau tak silap masuk Ramadhan), aku ada bleeding after period. Dan aku rasa itu memang tak normal. Tapi masa tu, bleeding tu ada 2-3 hari je selepas 15 hari tempoh period. So aku assume tak de pape lah kan. Sampai la masuk bulan Ogos ari tu. Period pain aku teruk gila. Sekali lagi aku senggugut sampai tahap muntah keluar air nak tercabut usus. Yang paling best, aku senggugut masa aku tengah belajar buat kek lapis  Aku terpaksa stop, telan ubat and tidur kat umah Kak Noor. Sedar pukul 3pm, kek lapis semua dah siap! Sedih weh! Lepas je hari ke 15 tempoh period, sekali lagi aku bleeding. Mula mula buat rilek je sebab ingat benda ni datang kejap je. Sekali, sampai 2 minggu aku bleeding. Even dia tak banyak macam datang bulan tu, tapi manusia mana tak cuak kalau hari-hari kau berdarah kan? Mula la aku google. Fibroid. Cyst. Kanser rahim. Ok neves. Kebetulan ...

Kala Malam Bulan Mengambang

Semalam blog walking. Singgah kat blog  Gadis Bunga , die ada cerita pasal bulan. Terus teringat dekat lagu Bruno Mars, TALKING TO THE MOON . Sekali sekala syok jugak borak dengan bulan ni. Walaupun aku tahu sebenarnya aktiviti itu tak bagi benefit kat aku, tapi at least rasa satu kepuasan bila kita dapat luahkan masalah kita. sumber dari mr.gOogle p/s: Sesungguhnya Allah itu MAHA PENCIPTA yang menciptakan Langit dan Alam Semesta ini.

Amaran

okay. palo aku start srabut doh ni. nok dekat nga 2 bule doh aku dok dumoh, tok buat go sekaro. make, tido, make, tido. huhuuhh bilo tau keputuse aku buleh sambung degree kat uitm shah alam, suko tok ingat dunio. Konon hepi la nih. tapi lepas tu, azab la plop. buke gapo, banyok kakah nok keno buat nih. supo nga awal sem Diploma dulu. Keno buat medical Check up, isi bore, bayar yure, amik gambar paspot, ngesoh bore, gotu, goni. otok la.. baju tok tahu la brapo butir beg nok guno nih. kasut lagi. safety shoes nyo. buku mesti nok bowok ckit. P.cooking, P.baking, hok berkaitan ngan masok2 nih. Buku tu plop jenis hok kulit tebal supo kamus dewan tuh. tok larat aku nok bowok. rebeh doh la bahu aku. tu pun tok capur nga laptop lg. sudoh doh laa. ahahaha tapi gak, nok buat guano. Meme lagu tu doh. Mulo2 ni meme la sero letih, malah. bilo settle, siap daftar, xdop gapo doh la. Tunggu masuk kuliah, start ngaji. Pagi tadi, mok aku gi beli doh teket. ari jumaat 3 hb july, gi subang. tido dumoh abe...