tanggal 27 Oktober 2009..
telah menyaksikan graduan2 dari diploma Seni Kulinari berjaya mendapat segulung diploma!
Setelah 3 tahun aku berpenat lelah, akhirnya usaha aku selama ini tidak sia-sia. Walaupun hanya segulung diploma (mungkin sesetengah orang memandang rendah terhadap diploma berbanding dengan ijazah), namun aku tetap bersyukur atas anugerah yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah..
ketika perarakan di karpet merah untuk menuju ke Dewan Sri Budiman, kelihatan ibu bapa, adik abang kakak, makcik pakcik, sahabat taulan dan semua tersenyum melihat para graduan yang segak mengenakan jubah graduan. aku yakin bahawa semua ibu bapa merasa bangga melihat anaknya berjalan ketika itu. kelihatan sesetengah daripada mereka mengalirkan air mata kegembiraan di atas kejayaan anak-anak mereka.
sebaik sahaja majlis selesai, aku melangkah keluar dewan. semua graduan berpusu-pusu mencari ibu bapa masing-masing. tapi aku? hanya keseorangan saja. perasaan sedih mulai terbit di benakku. disebalik perasaan sedih, aku juga berasa gembira kerana ibu bapa aku tidak dapat hadir kerana keadaan diluar dewan agak sesak dan penuh dengan manusia. aku tidak sanggup membiarkan mak dan ayah berada dalam keadaan yang menyesakkan. aku lebih rela membiarkan mereka berada di rumah yang jauh lagi selesa berbanding dengan situasi yang penuh dengan orang ramai. tambahan pula, keadaan mak kurang menyihatkan.
namun aku tahu, mereka pasti bangga dengan kejayaan aku yang tidak seberapa ini.
melihat para graduan masing-masing memegang jambangan bunga yang mekar, aku hanya memegang erat skrol diploma ku. dari jauh kelihatan sahabat lama ku, Iha dan Emie menuju ke arah ku . Aku girang sekali melihat kehadiran mereka berdua. Iha dan Emie menghulurkan sebuah kotak hadiah. Gembira teramat sangat. Tidak menyangka mereka dapat menghadirkan diri ke majlis konvokesyen aku kali ini. terima kasih tidak terhingga kepada mereka!!
InsyaAllah, 2 tahun lagi aku bakal menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Kulinari. Mungkin kali ini aku akan menjemput mak dan ayah untuk hadir ke majlis konvokesyen ku. Mak dan ayah, doakan Nurul BERJAYA!! amin..
Comments
*hugggs*
congratz babe!!;p
belle: merci beacoup mademoiselle.. hihiih
sayang kamu smpi mati epu.
aini: tenkiu atas pujian gmbar itu. uhuh. same2 kite study rerajin dan dapatkan anugerah naib canselor! insyaAllah