Skip to main content

mandi BUNGA~


dengan ini saya mengumumkan bahawa staff yang bernama NURUL HAFAWATI ISMAIL secara rasmi nya telah BERHENTI KERJA dari KFC EXTREME PARK SHAH ALAM!

*sobss..sobs..soobbbsss...

sedih..

Hari rabu last day aku keje kat kepci.
aku telah standby fizikal dan mental..
kenapa?
sebab biasanya last day ni merupakan hari yang "MALANG" buat mereka yang nak berhenti kerja.
Baju, seluar aku dah bawak siap2 dalam beg. lepas Anas anta aku gi keje, aku suh die simpan beg aku tu. (in case takut budak2 kepci akan sorok beg aku)

tengahari tu aku keje macam biase~
nak rehat awal tapi x cukup staff plak..
krukk..kruuk..lapor..

Si farah x abes2 tanye, "kak effa balik kul bape?"
aku dapat agak...ni mesti nak kenakan aku jap lagi ni..
toys, buku, tumbler, sume yang ade dalam stor tu aku amik atas izin Sir Azliey.
hhehehee.. tengs sir!

genap pukul lapan malam, aku nampak si Aqil datang..padahal ari ni die OFF DAY.
SAH! diorang nak kenakan aku!
tepat2 kul 8.00pm, aku punch card.
agak2 line clear je, aku kuar ikut pintu tepi DRIVE THRU..lari ke Pizza Hut kt blakang tu.


Anas mesej, da sampai.
aku suh die amik aku kt Pizza Hut blakang ni, tapi die suh aku g kat loading bay. katenye LINE CLEAR.
dengan bodo nye, aku pun pegi la. memang LINE CLEAR..
Baru jer nak masuk kete, budak2 ni keluar sambil baling TEPUNG kat aku!!!
KURANG ASAM BOI!!

Lintang-pukang aku lari! beg2 plastik yang sarat dengan TOYS tu aku baling jauh2 sambil lari menyelamatkan diri..
x cukup dengan TEPUNG.. Mok datang baling TELUR!!!!!!!!
Aqil simbah dengan air PEPSI!! pastu kene sembur dengan sos CHEEZY WEDGES!!!
TERBAIK!!!!!!!

dah penat kene "MANDI" aku mintak la beg. skali si Anas tu x bawak beg aku!!
camne aku nak balik ni???
sangat BUSUK ok.
*tapi aku x kesah pon. kete die yang kotor..bukan kete aku. hahahahaha.
dalam kete x abes2 die tu buat2 nak muntah..konon busuk la kan.. PADAN MUKA! sape suh x bawak beg aku?? buat penat jer aku standby baju n seluar. hoohho

walaupun kene baling macam2, tapi aku enjoy keje kat sane. masing2 perangai macam hantu tapi best including managers2!
farah, aku n budin~

KFC EXTREME PARK the BEST!!
p/s: member aku sorang lagi, JAff yang keje midnight pon kene MANDI jugak! uhhuh

Comments

hahaha!
such a sweet memory right?

tringat masa last day jim praktikal..
kene kejar satu hotel! tp selamat berjaya lepaskan diri! hahaha..
eppoe said…
jim: tu la pasal.. memory terindah~ time praktikal epu x kene teruk sgt. yg kepci ni lagi teruk! hahaahhaa
miss QIM said…
waaaaaaaaaaahhhh..besh nye eppoo.hehe..msti sedey nk pisoh..

Popular posts from this blog

A Year Older

Sejak umur mencecah 3 Series ni, macam-macam benda jadi especially dengan kesihatan sendiri. Sejak beberapa bulan lepas (kalau tak silap masuk Ramadhan), aku ada bleeding after period. Dan aku rasa itu memang tak normal. Tapi masa tu, bleeding tu ada 2-3 hari je selepas 15 hari tempoh period. So aku assume tak de pape lah kan. Sampai la masuk bulan Ogos ari tu. Period pain aku teruk gila. Sekali lagi aku senggugut sampai tahap muntah keluar air nak tercabut usus. Yang paling best, aku senggugut masa aku tengah belajar buat kek lapis  Aku terpaksa stop, telan ubat and tidur kat umah Kak Noor. Sedar pukul 3pm, kek lapis semua dah siap! Sedih weh! Lepas je hari ke 15 tempoh period, sekali lagi aku bleeding. Mula mula buat rilek je sebab ingat benda ni datang kejap je. Sekali, sampai 2 minggu aku bleeding. Even dia tak banyak macam datang bulan tu, tapi manusia mana tak cuak kalau hari-hari kau berdarah kan? Mula la aku google. Fibroid. Cyst. Kanser rahim. Ok neves. Kebetulan ...

Day 7 Restriction Of Movement 2020

Pertama kali dalam hidup 32 tahun, Malaysia buat Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara Covid-19. *mengeluh* Semua kena kuarantin duduk umah diam-diam. Pergerakan terbatas. Kalau rumah tu ada ramai orang best jugak buat sembang. Ni aku yang sorang-sorang ni memang bercakap dengan pokok, ikan je lah. At first rasa macam best gilaaaa dapat cuti. hari-hari upload gambar masak. Gambar makanan. Masuk hari ke 7, hamik ko. Dah taktau nak makan apa. HAAHHAHA Sudahnya, buka Sardin Cap Ayam, masaklah sardin tu sampai lebam.

not sOo gewd CheeSe cake!

hahaha.. seperti yang telah dijanjikan, semalam (8.40pm) aku bertungkus lumus membuat cheesecake kegemaran ku.. Hanya kek ni jew yang aku tau buat ( first time buat time part 2 ngan Miss Mel). kalo kite compare recipe cheese cake dengan sponge cake, pada pendapat saya la, cheese cake lg senang nak buat coz method die all in one. Berlainan dengan sponge cake, satu adunan memerlukan 8/12 biji telur! dan adunan sponge cake ni menggunakan sedikit air. honestly, dari sem 1 sehingga tamat diploma, aku still xleh buat sponge cake (sangat memalukan bg budak yang mengambil kursus kulinari) hahahah.. Setiap kali buat, batter tu always jadi runny, even xder ribbon flow pon. dah tu, give up je lah. last2 buat cheese cake, tak pun chocolate moist. hehehhe. neway, dalam masa 2 bulan ni, insyaAllah aku akan try buat experiment baru and asah bakat aku ni yang dah lama berkarat kene air laut kt dungun. aku pon nak asah gak mata pisau aku tu, sume stok da tumpul beb. nak carving buah pon x lepas. kih ki...