Skip to main content

membanting tulang

assalamualaikum bloggers!!
adeh.
hari ni bangun awal..pukul 7.00am!
sebab nye?
mak ajak pegi umah aimi (bakal kakak ipar), kakak die buat cukur jambul untuk anak kembar dia. COMEL giler twins tu!
lepas kenyang makan roti jala cicah kari, jalan kaki balik rumah.

konon nak sambung tido, tapi macam dah siang la plak..
last-last aku merajinkan kakitangan untuk kemas rumah!
walaupun rumah aku ni sekangkang kera je, tapi nak kemas umah punya la PENAT TAK INGAT DUNIA!
aku start kemas bilik dulu. tukar cadar, sarung bantal. pastu sapu bilik, mop lantai, tukar cadar baru..kaler biru..same ngan dinding bilik. hohoho.
settle bilik, kemas dapur..cuci tandas.. (keje aku ni dah macam makcik cleaner. beza nya makcik cleaner dapat gaji, aku keje free. adeh)
Siap!

berehat jap..jemur kain baju.
pastu sambung kemas ruang tamu, bilik depan. kata mak, elok la tu.. nanti kakak ipar nak balik. cheh.
tangan yang lembut dah jadi kasar sebab duk perah mop. katangggg!
amik angin jap..sambung lap lantai kat tingkat atas, lap tangga.

alhamdulillah.. SETTLE SUDEH!
peluh takyah cerita la. lencun.
pekene nescafe O ais. sejuk tekak..

Comments

momoc said…
sedap weh air dio//=DDDDD
intaq said…
poo..nescape o ko 2?
napok supo ado susu jah...tp napok kaw gile!! herppp..
eppoe said…
moc: hahaahah.. tiko panas sedap minum ni!

intaq: hihihi..aku memey minum nescafe O.. tapi ni nescafe beng! aku google sakni..xjupo gambar nescafe o beng!
ciek niena said…
rajinnya awk kemas rumah :)
HIHIHI.. saya kalo ari2 minggu camni, wasenya xmungkin kot da kuar rumah seawal jam 7pg.. hihihi
eppoe said…
cik nina: hahaha..bukan rajin pon.. tapi TERPAKSA merajinkan diri.. nak arapkan orang lain memang tak la..sbb xde orang kt umah tu. uhhu..
bangun awal kul 7 tu pon sebab nak g Tesco je..takut jalan jem. ekekeke

Popular posts from this blog

A Year Older

Sejak umur mencecah 3 Series ni, macam-macam benda jadi especially dengan kesihatan sendiri. Sejak beberapa bulan lepas (kalau tak silap masuk Ramadhan), aku ada bleeding after period. Dan aku rasa itu memang tak normal. Tapi masa tu, bleeding tu ada 2-3 hari je selepas 15 hari tempoh period. So aku assume tak de pape lah kan. Sampai la masuk bulan Ogos ari tu. Period pain aku teruk gila. Sekali lagi aku senggugut sampai tahap muntah keluar air nak tercabut usus. Yang paling best, aku senggugut masa aku tengah belajar buat kek lapis  Aku terpaksa stop, telan ubat and tidur kat umah Kak Noor. Sedar pukul 3pm, kek lapis semua dah siap! Sedih weh! Lepas je hari ke 15 tempoh period, sekali lagi aku bleeding. Mula mula buat rilek je sebab ingat benda ni datang kejap je. Sekali, sampai 2 minggu aku bleeding. Even dia tak banyak macam datang bulan tu, tapi manusia mana tak cuak kalau hari-hari kau berdarah kan? Mula la aku google. Fibroid. Cyst. Kanser rahim. Ok neves. Kebetulan ...

Kala Malam Bulan Mengambang

Semalam blog walking. Singgah kat blog  Gadis Bunga , die ada cerita pasal bulan. Terus teringat dekat lagu Bruno Mars, TALKING TO THE MOON . Sekali sekala syok jugak borak dengan bulan ni. Walaupun aku tahu sebenarnya aktiviti itu tak bagi benefit kat aku, tapi at least rasa satu kepuasan bila kita dapat luahkan masalah kita. sumber dari mr.gOogle p/s: Sesungguhnya Allah itu MAHA PENCIPTA yang menciptakan Langit dan Alam Semesta ini.

Day 7 Restriction Of Movement 2020

Pertama kali dalam hidup 32 tahun, Malaysia buat Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara Covid-19. *mengeluh* Semua kena kuarantin duduk umah diam-diam. Pergerakan terbatas. Kalau rumah tu ada ramai orang best jugak buat sembang. Ni aku yang sorang-sorang ni memang bercakap dengan pokok, ikan je lah. At first rasa macam best gilaaaa dapat cuti. hari-hari upload gambar masak. Gambar makanan. Masuk hari ke 7, hamik ko. Dah taktau nak makan apa. HAAHHAHA Sudahnya, buka Sardin Cap Ayam, masaklah sardin tu sampai lebam.