Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Ipoh Trip!

okeh. baru berkesempatan untuk bercerita sikit tentang Ipoh Trip last 2 weeks. Bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2012. Katanya lah. it was OWSEM yaww! *masa stay kat Ipoh dulu, x penah plak kuar gi jalan-jalan sekitar Ipoh ni* Rabu, 13 June 2012: Okay. 1st day sampai Ipoh, rehat-rehat dulu. Kebetulan, ari tu ari Rabu. Pe lagi,, Pasar Malam Gunung Rapat la der.. ehehehe. Aku kuar ngan Michi. Kitorang pusing-pusing kat pasar tu. Tak tau nak beli ape. Si Michi beli doroyan (durian), Yong Tau Fu, macam-macam lagi lah. Aku? hehehe.. beli air jambu jek. Nak masuk maghrib, kitorang gerak balik umah. Khamis, 14 June 2012: Bangun awal. (xde la awal mane) Jemur kain, bekpes roti. Around 10am, Michi datang jemput aku. Where to go? Singgah Poli jap. Anto bekal kat abang aku. O.o' then baru gerak ke destinasi seterusnye. Jom tengok MOVIE!! Eksaited gilebabas sebab dah lama tak tengok wayang. Location? AEON Kinta City .  FRUST jap. Movies kat sane tak banya...

Semoga Berkekalan

Assalam bloggers semua! Dah 3 hari gigi ku kembali normal. Memang BEST! Cuma.. yang tak best nye bila kena pakai "RETAINER", kalo translate bahasa Melayu maksudnye PENGEKAL. Harap-harap lah gigi aku ni kekal cantek seperti Retainer ni. HAHAHAHA this Retainer is KILLING me! Masa mula-mula pakai, rasa macam Pemain Kick Boxer. Seyes tak tipu. Kalo bercakap tu, mau tersembur air liur. Miahahahaha. Doktor pesan, awak kena pakai retainer ni 24-7 for 6 months ye. Nak makan, minum, gosok gigi je baru kena bukak. MEMANG "BEST" kan! Kan! Tapi tu la. Nak cantik sangat. Padan muka. p/s: kadang-kadang, bila bukak retainer ni dan rendam dalam air, rasa macam gigi palsu pon ade. Dah boleh dah nak beli Poliden. 

Target Baru

Dulu aku gigih ikat perut kumpul duit nak beli seketul kamera D90. Alhamdulillah. Dapat gak sketul. Sekarang ni nak ikat perut lagi. Ada lagi seketul kamera aku nak beli!! Comel kan? Kan? Lepas tangkap gambar, leh jemur gambar kat ampaian sekali ngan baju. Ahaks! posted from Bloggeroid

Kisah Cinta Epik Antara Aku dan Dia.

Sejak dari sekolah lagi saya usha awak. Saya selalu berangan untuk bersama awak. 4 tahun saya tunggu! Akhirnya saya dapat jawapan dari awak. Ketika tu, saya manusia paling gembira atas bumi ni. Pada mulanya, kita memang xde keserasian. Awak selalu menyakiti saya. Tapi saya sabar. Lama kelamaan, awak dah berubah dan tak lagi menyakiti saya. Awak banyak mengubah hidup saya. Saya rasa makin yakin dengan diri saya. Tapi sayang... Hubungan kita hanya bertahan selama 2 tahun setengah je. Tanggal 27 jun 2012, jam 9 pagi. Awak pergi meninggalkan saya untuk selama-lamanya. Walaupun berat untuk lepaskan awak, tapi saya terpaksa akur dengan perintah doktor.. Selamat tinggal wahai bracesku.. Kini saya boleh TERSeNYuM Riang!!!! posted from Bloggeroid

Airrrrr!

Ya Allah.. Time puasa ni dalam kepala duk ingat kat air je. Seyes tempting giler tengok air sirap bandung soda ni! Few minutes more until Maghrib. Bertahan Epp0e! posted from Bloggeroid

Puasa Bersilih Ganti

Bangun pagi. Pegi kat dapur. Nampak mak baru buka nasi bungkus. Mak cakap, makan lah. Faizal beli 5 bungkus, extra 1. Kot kot lah nasi ni x cukup mengenyangkan. Kuih pun ade ni. Ade Lopes, kuih lapis etc.. "Mak, orang puasa ari ni.." Berlalu dari dapur sambil telan air liur. Jam baru pukul 10am. Lagi 8 jam baru waktu berbuka. Dugaan. o_O' posted from Bloggeroid

Dinner Malam Ini

Kenyang. Rm8.50 je. Berbaloi-baloi. Sekian. posted from Bloggeroid

Away from Hometown

Selepas lebih 2 minggu menghabiskan masa di rumah, akhirnya aku mengambil keputusan untuk bercuti ke Ipoh. heheheheee Petang beli tiket, malam tu tik bas! Woohooooo! Sampai kat Ipoh dalam pukul 4.00am! awal giler. Nak tau ape aktiviti menarik yang aku buat sepanjang di Ipoh? Kita tunggu next entry!

A Sneak Peak During Jaudah's Wedding!

Malas nak bebel banyak-banyak. Tengok je lah gambar-gambar ni. =P iPad 2 ye berapa ketul je kawan sekolah yang join~ YES! We did it! =) ai nak bunge yu boleh?  kanak-kanak riang RIBENA Jaudah dan Nabil mereka pun nak ambik berkat juge! Specially made for my best friend~ VERANGAN! Lepas raya lagi banyak wedding invitation dari kawan-kawan! Tak sabar!

Luka ku Luka Mu Jua

Bila menggelabah.. Ni la jadi nye.. Apo nak jadi ni.. Huuuuuu posted from Bloggeroid

Sejenak di Umah Nenekkk~

Dah berbulan-bulan aku tak balik umah nenek sejak keje kat kolumpo. Sekarang cuti sekolah, kebetulan kakak, abang balik. Lepas je majlis Cukur Jambul kat umah PC, kitorang pun gerak balik umah nenek kat Pasir Puteh. Nenek tak sihat. Dia sakit. Kesian aku tengok. Ayah pon nampak sedih je. Anak-anak buah aku plak kemain eksaited sampai sane. Berlari-lari~  Main pasir~ Makan buah salak~ *bila budak jakun turun kampung, camni la jadinye* hohohohho. Oyang bersama dengan cucu dan cicit~

Boboi jadi Gegirl

Hallu bloggers! Ni anak buah eppoe yang ke-6. Ammar Mujahid namanya. baru umur setahun. Nama dah macam Imam Muda tapi perangai die... hahahaha. Tengok sendiri lah gambar ni. Suke sangat pakai tudung Ummi n kakak! Kecik-kecik xpe lagi. Kalo da besar pakai tudung jugak, memang nak kene sekehh dengan eppoe! hahahaha. Nama siang: Ammar Mujahid Nama Malam: Amira Mujahida :-P posted from Bloggeroid