okeh.
baru berkesempatan untuk bercerita sikit tentang Ipoh Trip last 2 weeks.
Bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2012. Katanya lah.
it was OWSEM yaww!
*masa stay kat Ipoh dulu, x penah plak kuar gi jalan-jalan sekitar Ipoh ni*
Rabu, 13 June 2012:
Okay. 1st day sampai Ipoh, rehat-rehat dulu. Kebetulan, ari tu ari Rabu. Pe lagi,, Pasar Malam Gunung Rapat la der.. ehehehe. Aku kuar ngan Michi. Kitorang pusing-pusing kat pasar tu.
Tak tau nak beli ape. Si Michi beli doroyan (durian), Yong Tau Fu, macam-macam lagi lah.
Aku? hehehe.. beli air jambu jek. Nak masuk maghrib, kitorang gerak balik umah.
Khamis, 14 June 2012:
Bangun awal. (xde la awal mane)
Jemur kain, bekpes roti. Around 10am, Michi datang jemput aku. Where to go? Singgah Poli jap. Anto bekal kat abang aku. O.o' then baru gerak ke destinasi seterusnye.
Jom tengok MOVIE!! Eksaited gilebabas sebab dah lama tak tengok wayang. Location? AEON Kinta City. FRUST jap. Movies kat sane tak banyak. Last-last, kitorang decide nak tengok Snow White & The Huntsman. Movie start pukul 12.50pm. Jam baru pukul 11.00am. Ape cer??
Patah balik gi Medan Gopeng. Teman Michi beli tiket bas balik KL. Then, Still awal lagi nak balik Kinta City..
Mr.Huntsman tu memang ensem! |
Next location? PADANG POLO!
Ape ade kat sane? Okeh. Padang Polo ni dekat je ngan umah aku. hehee. Kat sini ade padang, taman permainan, orang jual laksa, goreng-goreng dan... JIRAT CINA! jeng jeng jenggg.
Kitorang stop by nak basahkan tekak. Aku ni kemain la eksaited nak beli air kelapa tapi hampa takde. So, beli je la air sirap bandung. Aku ajak Michi pusing-pusing kat taman tu. Tak sangka pulak kat hujung padang tu, ade jirat Cina! Gilos. Nasib baik siang hari. Tengah syok jalan-jalan sambil cite antu, tibe2 plak rasa macam nampak benda gerak-gerak kat hujung kubur tu. Pe lagi! Laju je kitorang lari! Ngengggg.
padang POLO |
ok. penat jogging.. Kitorang terus gi Kinta City, tengok movie.
STILL tak pukul 12.50pm lagi. Hurm. Michi beli Token, main game angkut2 toys. Ape ntah orang panggil. Yang kita masukkan token, then control pengepit tu, kepit kat toys then masukkan dalam lubang. Kalo toys jatuh dalam lubang tu, dapat la bawak balik toys. HARAM tak dapat. Memang permainan ni menipu. hahahaah. Token dah abes, toys tak dapat, jom masuk tengok movie.
Sakit Ati main menatang ni |
Rating movie? Entah. aku tak tau nak cakap best ke tak. so so la kot.
Next location? AEON Ipoh Station 18. Orang kata ni Jusco TERBESAR kat IPOH. Meh kita usha PADAT skett.. Dari Ipoh nak ke sane ade la dalam 20 minit perjalanan.
MEMANG BESAR! Banyak lagi Kedai-kedai yang tak bukak. Konon-konon nak makan SUBWAY (Sebab aku ade kupon buy 0ne FREE 0ne) tapi hampa sebab Ipoh memang takde SUBWAY. =(
Last-last, kitorang makan kat Food Arena je. hehehe. KEbetulan member aku, Yati keje kat sane, sempat lah jumpe peluk cium die jap. Hari pun dah nak petang, kami pun beransur pulang.
aku tak sempat round semua kedai dalam ni. PENAT |
Masa otw nak balik, aku cakap kat Michi, aku tak penah lagi pegi GUA KEK LOOK TONG. heehhee. PAdahal gua tu dekat je ngan umah kitorang. So, dia pun bawak lah aku gi sane.
Hurm.. Nama pun gua KEk Look Tong.. gua tempat Buddha beribadat. Tapi aku suke. Suke dari segi suasana dan persekitaran. Kalo nak compare ngan Batu Caves, gua ni lagi BERSIH selain tangga dia yang rendah (tangga Batu Caves yang tinggi memang nak bunuh orang). Mula-mula, kita naik tangga..sampai kat tengah-tengah gua, kita akan nampak kesan batu kapur dalam tu.
Beberapa anak tangga yang perlu didaki~ |
Subhanallah. LAWA! Then ade la patung buddha emas dua-tiga ketul kat situ. heehhe. Bila jalan depan sikit, ade taman kat dalam tu! Hebat tak?
Ramai pulak orang duk jogging kat dalam taman tu. Cuaca plak redup-redup je. Selesai round 1 taman, kami gerak balik umah. kaki rasa macam nak patah.
ni la taman tu. Cantik kan! kan! |
Sampai umah, ZZzzZZzZZz. Oh, by the way, Tenkiu Michi Chan sudi bawa ai gi ronda-ronda Ipoh. =)
Sambung next entry plak~
Buhbyeee
Comments