Skip to main content

Program Leadership Challenge KPT 2012

Assalamualaikum bloggers!

Berkurun lamanya tak update since start keje. Tak update bukan bermaksud busy tetapi sebenarnya MALAS. ok.

On 17-21 October 2012 ari tu, aku ditugaskan untuk menjadi pegawai pengiring ke Program Leadership di Mersing, Johor. Aku penah pegi sekali je kat sane (masa buat trip ke Pulau Tioman beberapa tahun lepas). Nak kata azab tu xde la azab sangat. hahaha. Cuma environment kat Mersing tu masih lagi terjaga dari segi persekitaran di mana korang akan lihat pemandangan hijau ladang kelapa sawit kiri kanan sepanjang jalan. HOHOHOHOHO. Jarang-jarang sekali nampak ada rumah.

Dari KL ke Mersing mengambil masa lebih kurang 5-6 jam jugak lah. *PENGSAN!*
Once sampai di Mersing, kami check in di Teluk Gorek Resort selama 3 hari 2 malam. Even though aku ni jadi pegawai pengiring, tapi students tak cam aku. Diorang ingat aku ni pon peserta jugak. Nevermind..(o.O')
Aktiviti yang dijalankan sebenarnya untuk students tapi kalo pegawai nak join pon boleh jugak.

DAY 1:
Yang paling aku suka ----> aktiviti mendaki GUNUNG ARONG~
Kali terakhir aku panjat gunung masa aku diploma dulu kat Bukit Bauk, Dungun. Nak kata pancit masa panjat Gunung Arong tu, xde la pancit sangat sebab Gunung tu macam tak tinggi mane pon. Hehehe.

View dari puncak Gunung Arong. TERBAIK WOKK!
with the students~
peaceeeee~
DAY 2:
Melawat perkampungan orang asli Tanah Abang.
Aku ingatkan kampung tu dekat je. Sekali ambil masa lebih kurang sejam nak sampai kampung tu. Bila sampai je kat kampung tu, sedih plak tengok kehidupan diorang yang serba kekurangan. Tapi kami disambut dengan baik sekali. Macam-macam aktiviti yang dijalankan. Contohnya Demo penyembelihan lembu, Rewang @ main masak2 bersama orang kampung, sesi bersama pelajar sekolah, sukan rakyat ETC.

Sekolah Tanah Abang tu ade satu blok je. Kecik gile. Setiap kelas ada 1 batch je. Means that dari darjah 1 until darjah 6 ada 6 kelas je lah. Tapi salute la kat murid2 skolah tu smua sebab mereka memang bersemangat untuk belajar walaupun dalam serba kekurangan.

bersama kanak-kanak yang aktive!
sebelum bertolak ke kampung
Sesi Rewang~ Nasi Briani Johor!!!
Kami makan dalam DULANG! 1st time nie.

DAY 3:
Part ni paling best kot bagi aku sebab kami semua ke PEnjara Kluang. Perjalanan dari Politeknik Mersing ke Penjara tu mengambil masa selama 1 jam Setengah. Memang sempat la nak membuta dulu dalam bas tu. hahahaa. Sampai je sane, kami disambut mesra oleh pegawai penjara. MAcam biasalah, bila jadi pengiring ni, kena la duk seat DEPAN skali. (Time jadi student dulu, memang HARAPAN la aku nak duk depan. muahahahaa)

ok. Sesi pertama yang mereka anjurkan ialah sesi bersama BANDUAN. Mereka assign 2 orang BANDUAN untuk menceritakan pengalaman mereka. Ini serius. bukan main-main. Kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar ataupun rakaman video.
Pegawai semua standby di sekeliling dewan untuk make sure keselamatan terkawal. Then, banduan pertama keluar memakai baju berwarna biru. Dia betul2 berdiri depan aku. Jarak kami dalam 1 meter camtu je. Sumpah NERVOUS giler. HAHAHAHA. Kalo korang tengok character banduan tu, mesti korang tak percaya. Muka dia nampak muda remaja macam umur 20 ++!! walhal dia dah menghuni selama lebih 20 tahun dalam penjara! Umur die sekarang dah 40++ kalo tak silap. Dia disabitkan kesalahan mengedarkan dadah dan dikenakan hukuman gantung sampai MATI. Tapi alhamdulillah rayuan dia diterima dan dikenakan penjara seumur hidup. Dia akan menghabiskan sisa hidup dia sehingga 2015 sebelum dia keluar dari penahanan.

Selepas itu, seorang lagi banduan keluar dengan pakaian berwarna hijau. Dia seorang bekas penyanyi kumpulan SPRING. Kalo aku tak mention nama pon, mesti korang boleh agak kan. Dipendekkan cerita, dia pon disabitkan kesalahan dadah jugak tetapi dia juga telah dikenakan sebanyak 10 sebatan. HORROR! Disebabkan sebatan itu, dia mudah sakit tulang belakang dan pinggang, kaki menjadi mudah kebas. Sebelum mengakhiri ceritanya, dia sempat menyanyikan beberapa lagu HITS dari kumpulan dia. Suara mentennn..

Then, kami diberi peluang untuk MASUK KE DALAM penjara tu. Pergh! Pengalaman sekali seumur hidup! Tapi lagi sekali kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. huhuhuh.

sejurus selepas sesi bersama banduan
tunggu masa nak masuk penjara!
muka-muka eksaited!
DAY 4:
hari penutup. semua dah penat. dalam kepala hanya ingat nak balik. nak balik. dan nak balik. sebelum tu kami sempat ronda-ronda kawasan PMJ. Semua bangunan baru. pokok-pokok pon kecik je. teheheehee.
bajet kiut sesaat
duck face!
bersama kak Azreen! Sporting habis!




Comments

Popular posts from this blog

A Year Older

Sejak umur mencecah 3 Series ni, macam-macam benda jadi especially dengan kesihatan sendiri. Sejak beberapa bulan lepas (kalau tak silap masuk Ramadhan), aku ada bleeding after period. Dan aku rasa itu memang tak normal. Tapi masa tu, bleeding tu ada 2-3 hari je selepas 15 hari tempoh period. So aku assume tak de pape lah kan. Sampai la masuk bulan Ogos ari tu. Period pain aku teruk gila. Sekali lagi aku senggugut sampai tahap muntah keluar air nak tercabut usus. Yang paling best, aku senggugut masa aku tengah belajar buat kek lapis  Aku terpaksa stop, telan ubat and tidur kat umah Kak Noor. Sedar pukul 3pm, kek lapis semua dah siap! Sedih weh! Lepas je hari ke 15 tempoh period, sekali lagi aku bleeding. Mula mula buat rilek je sebab ingat benda ni datang kejap je. Sekali, sampai 2 minggu aku bleeding. Even dia tak banyak macam datang bulan tu, tapi manusia mana tak cuak kalau hari-hari kau berdarah kan? Mula la aku google. Fibroid. Cyst. Kanser rahim. Ok neves. Kebetulan ...

This is the Day!

tanggal 27 Oktober 2009.. telah menyaksikan graduan2 dari diploma Seni Kulinari berjaya mendapat segulung diploma! Setelah 3 tahun aku berpenat lelah, akhirnya usaha aku selama ini tidak sia-sia. Walaupun hanya segulung diploma (mungkin sesetengah orang memandang rendah terhadap diploma berbanding dengan ijazah), namun aku tetap bersyukur atas anugerah yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah.. ketika perarakan di karpet merah untuk menuju ke Dewan Sri Budiman, kelihatan ibu bapa, adik abang kakak, makcik pakcik, sahabat taulan dan semua tersenyum melihat para graduan yang segak mengenakan jubah graduan. aku yakin bahawa semua ibu bapa merasa bangga melihat anaknya berjalan ketika itu. kelihatan sesetengah daripada mereka mengalirkan air mata kegembiraan di atas kejayaan anak-anak mereka. sebaik sahaja majlis selesai, aku melangkah keluar dewan. semua graduan berpusu-pusu mencari ibu bapa masing-masing. tapi aku? hanya keseorangan saja. perasaan sedih mulai terbit di benakku. disebalik p...

Day 7 Restriction Of Movement 2020

Pertama kali dalam hidup 32 tahun, Malaysia buat Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara Covid-19. *mengeluh* Semua kena kuarantin duduk umah diam-diam. Pergerakan terbatas. Kalau rumah tu ada ramai orang best jugak buat sembang. Ni aku yang sorang-sorang ni memang bercakap dengan pokok, ikan je lah. At first rasa macam best gilaaaa dapat cuti. hari-hari upload gambar masak. Gambar makanan. Masuk hari ke 7, hamik ko. Dah taktau nak makan apa. HAAHHAHA Sudahnya, buka Sardin Cap Ayam, masaklah sardin tu sampai lebam.