Skip to main content

Hari Raya Aidiladha yang paling OWSEM GILER!

okay.
petama sekali, abaikan tajuk di atas.
Tahun ni 1st time aku tak balik Raya Haji.
Serius frust gilebabas habaq hang!
Malam Raya, kakak aku ikot hubby balik ke Port Dickson.
*plan cancel last minit*
Di pagi Hari Raya yang hening dan hiba, selepas solat Subuh, aku gagahkan kaki turun ke dapur untuk masak juadah pagi Raya. Juadah la sangat kan. Menu simple sajo. Meehun Goreng bersama Ayam Goreng Ayamasss.
kat fesbuk, aku upload gambar ni dengan caption "meehun goreng Singapore". One of my fren argue. Katanya meehun singapore kaler putih. Aku cakap lah ni memang kaler putih, tapi lighting tak elok. Then die argue lagi! "Tu, pinggan putih je aku tengok" Eh. Nak cari pasal nampak ngan aku pagi2 raya ni. Last2 aku cakap la, ok fine. aku tukar nama Meehun ni Meehun Goreng Pasir Gudang, sempadan Singapore. Terus Diam member tu.

Cukuplah sekadar alas perut. Lepas je solat sunat Aidiladha, barulah kakak aku bertolak balik ke Port Dickson bersama anak-anak dan suami.
Maka, tinggallah aku sorang-sorang terkontang-kanting di bumi Bukit Beruntung. Apa mau bikin ini hari?
Jeng jeng jenggg.
1st task ---> Mandikan WaWaN.
Kotor ooohhh..

Nak kata kotor tu takde la kotor mane. Cuma banyak dedaunan keguguran menumpang atas kete nih.
Bila dah cantik berseghi-seghi, boleh la memulakan perjalanan. Yabedabeduuu~
Moh le kita ke Selayang. Beraya umah abang dengan harapan dapat makan PREE. Hari tu, kak ipar masak nasi minyak. Pergh. TORBAIK! Sedang enak menjamu selera, jiran pulak datang anta LEMANG beserta Rendang Daging dan Ayam. Konyang porut den!

Settle solat zohor, siap-siap nak gi ngedate ngan my besties INTAQ dan jugak kawan blogger Pak SAYYID. Kami plan nak makan BEBOLA DAGING LEMBUUU di IKEA.
Al-maklumlah. Tahun ni tak dapat merasa daging korban, dapat makan meatballs perisa lembu pon jadi lahhh. Ye dakk?

Boleh tahan RAMAI jugak lah manusia kat IKEA ari raya tu.
EH. Korang ni tak de kampung ke????
Nak cari table pon kene berebut-rebut. Bila dah dapat table, memang tak kasi can la kat orang lain. Ade 3-4 orang duk tunggu je kat sebelah lepas tengok kitorang dah siap makan, tapi kitorang tak bangun-bangun. duduk borak-borak gaya macam lepak kat mamak. Air refill tak henti-henti sampai kembung perut. Sehingga lah diorang fedap dan cari table lain. HAHAHAHA.

Intaq dan aku bersama 10 ketul meatballs!

Lepas solat maghrib, kitorang ronda-ronda dalam The Curve. Eh. Penat lah jalan.
Singgah minum kopi sattttt. Pak Sayyid dah give up dah (masa kat IKEA dah bercawan-cawan kopi dia minum). Aku order Caramel Cappucino, Intaq order Teh Ais. Punye la syok borak. Macam-macam topik dibincangkan (speedtrap, harga rumah/tanah, K-Pop, gossip Mak Jemah etc)  Kalah Bajet 2013. Tengok-tengok jam, dah dekat kul 9.30pm. Gerak pegi Ikano pulak. Nak shopping tapi al-fulus tak berapa tebal, so window soppin je la. eheh.

Frust. Sebab kopi ni tak Panas! Hati aku plak yang jadi PANAS.

Ms.Intan

Cik Eppoe

Pak Lebai Sayyid

US!
okeh.
balik IKEA, stay back kat umah Intaq. Ber"Pillow Talk" sampai 1.00am.

ZZzzZzZZzz


Comments

ciek niena said…
wah, bestnya jalan3. huhu
eppoe said…
ciek: heheheee. time ni je la boleh berjalan~ tapi orang ramai gile waktu raya ari tu. huhuhuh

Popular posts from this blog

A Year Older

Sejak umur mencecah 3 Series ni, macam-macam benda jadi especially dengan kesihatan sendiri. Sejak beberapa bulan lepas (kalau tak silap masuk Ramadhan), aku ada bleeding after period. Dan aku rasa itu memang tak normal. Tapi masa tu, bleeding tu ada 2-3 hari je selepas 15 hari tempoh period. So aku assume tak de pape lah kan. Sampai la masuk bulan Ogos ari tu. Period pain aku teruk gila. Sekali lagi aku senggugut sampai tahap muntah keluar air nak tercabut usus. Yang paling best, aku senggugut masa aku tengah belajar buat kek lapis  Aku terpaksa stop, telan ubat and tidur kat umah Kak Noor. Sedar pukul 3pm, kek lapis semua dah siap! Sedih weh! Lepas je hari ke 15 tempoh period, sekali lagi aku bleeding. Mula mula buat rilek je sebab ingat benda ni datang kejap je. Sekali, sampai 2 minggu aku bleeding. Even dia tak banyak macam datang bulan tu, tapi manusia mana tak cuak kalau hari-hari kau berdarah kan? Mula la aku google. Fibroid. Cyst. Kanser rahim. Ok neves. Kebetulan ...

bad feelings

saya tension saya serabut saya geram saya sedih tak sanggup nak menghadapi rintangan ni.. bilakah ia nya akan berakhir.. *tears running through my cheek..

Aku Benci Betul!!

What is your name? Lu How old are you? sweet seventeen!! When is your birthday? 20 Zulhijjah. Are you looking forward to it? harus laa.. Why? nak makan kek pree.. Are you happy? mak suke nok. What makes you happiest? dapat duet. $$$ Are you afraid of something? not something. everything. Do you live alone, or with someone else? ma mere, mon pere Who? mak ayah aku la wei. Do you have any pets? semut itam What is your favorite cartoon? Chibi Maruko Chan. Pernah membuat ringtone henpon lagu itu. Have you ever hit a deer? motip drive dlm hutan?. Do you drink? 8 gelas sehari. Do you prefer beer or liquor? Root Beer A&W What is your favorite non-alcoholic drink? COOFFFEEE!!! What kind of cell phone do you have? SGH C260, Motorola K1, Sony Ericcson W580i Do you like it? uish..suke la ade enpon. cuma sengkek la nk top up. hehe What is the funniest word you ever heard? orang tersasul bercakap. PON BOLLEEHH Do you hate it when people call you "dear"? ngape nak panggil aku dear?? To...