Skip to main content

Alhamdulillah selamat aku~

da lame x update blog.
2 hari yang lepas...



7 Disember 2009~
lebih kurang pukul 11.30am, aku mendapat panggilan dari Unit Jabatan Bedah Mulut Maksilofasial. Doktor suruh aku gi hospital pada time tu jugak untuk amik blood test. aku kene prepare kain baju jugak sebab kalo betul wad ada kekosongan, aku kene terus masuk wad. Setelah selesai amik blood test, kompem aku kene masuk wad. dalam pukul 2.00pm, amik report, register wad dan masuk wad Melati kat Hospital Raja Zainab II. setelah selesai, mak pulang ke rumah. tinggal aku sorang2 kat wad tu. dalam pukul 3.00pm, doktor panggil. die explain pasal operation untuk esok hari, pasal bius and everything. aku akan disumbat dengan wayar ke dalam saluran hidung sehingga ke esofagus sebagai alat untuk aku bernafas. petang tu, mak datang bawa makanan. ni first time aku masuk hospital. malam tu, aku xtau nak buat ape. borak2 dengan patient. sume sporting2 blaka. before tido, nurse ada bagi ubat penenang supaya aku mudah nak tido. starting pukul 3.00am, aku kene puasa until operation hour.



8 Disember 2009~
the next day, aku bangun before subuh. nurse datang amik blood pressure. lepas tu, mandi. pukul 7.30am, makcik Senayah, patient depan aku, die masuk operation room. pastu adik Affy masuk operation room kul 8.00am. kedua2 mereka operate mata @ Oftalmology. then pukul 8.30am, asik Noormin masuk operation room untuk membuang ketumbuhan di dalam lidahnya. lepas tu, turn aku pukul 9.30am. lepas tukar pakaian, aku dihantar ke blik pembedahan diiringi bersama mak aku. perasaan? memang berdebar-debar. aku hanya mampu mengucap dan berzikir kehadrat Allah swt. semoga pembedahan aku berjalan dengan lancar. setibanya aku di bilik pembedahan, aku baring di bawah lampu spotlight operation. sama seperti dalam cerita di dalam televisyen. Doktor pakar bius mula mencucuk jarum ke dalam saluran darah. pada mulanya agak sakit. lama kelamaan, aku mula tidak sedarkan diri. selepas 3 jam pembedahan, aku terdengar doktor memanggil-manggil namaku. Alhamdulillah, akhirnya selesai. lebih kurang 5 minit selepas waktu pembedahan, aku berasa loya, lalu muntah darah. effet dari ubat bius di dalam badan ku. aku ditolak ke dalam wad. aku muntah darah sebanyak 6 kali sepanjang berada di dalam wad. saluran hidung masih terasa sakit. hanya linangan air mata sahaja yang mampu menggambarkan perasaan ku. nasib baik mak ada. dia yang banyak membantu aku sepanjang aku berada di dalam wad. petang tu, ayah datang dengan Nani. malam ni, Nani yang jaga aku. Dia belikan aku ais krim. lepas je makan ais krim, aku muntah lagi. nurse bagi ubat tahan muntah. penat. sakit. malam tu, aku tido awal.



9 Disember 2009~
seperti biasa, nurse datang untuk ambil blood pressure. masukkan ubat, air ke dalam saluran darah. Agak sakit dan seksa apabila ada wayar di tangan ni. pergerakan terbatas. dalam pukul 7.30am, mak datang. mak bawa bekal bubur nasi. aku dapat makan perlahan-lahan. Doktor Arni datang melawat aku. lepas tu, doktor pakar plak datang. ari ni aku da bleh discharge. x sabar nak balik rumah. nurse datang nak cabut wayar kat tangan aku. rase nak jerit satu wad. SAKIT WOO! berdenyut-denyut urat ni. dah la tangan ni cekeding. takde isi. lebih kurang pukul 11.00am, Pak Camad datang jemput aku dan mak.
Aku juz nak ucap terima kasih kepada mak, ayah, Kak Na, Nani, Mimi, Dila dan kawan2 yang lain kerana mendoakan aku. pengalaman ni memang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Comments

Unknown said…
alhamdulillah selamat..btw, x cakap pun pembedahan apa??
Gurik said…
aku takut plak nak pakai braces. huk saket je aku tgk. :( pape pun, cpt2 recover. kesian kawan aku ni.
eppoe said…
sayyid: tq. pembedahan gigi.. ade gigi tak normal dalam gusi..gigi geraham tu duduk melintang. so, doktor terpaksa buang.

gurik: memang sakit..heaven je bile masuk wayar kt tangan tu. hahahaah
syukur la kwn aku ni xde pape...cian ko..tngan dhla keping!.....huhu.....xpe.sihat t mkn la puas2!!jaga gigi ko 2!:P
eppoe said…
muna: hahahah..tu la..tangan keding senang doktor nak cari urat. kesengalan masih lagi terasa di gusi ku ini
miEmi zahari said…
eppoo!!! ak xthu pulok mu operate... haish seriya ak bc td..huhu
ak tgk mce tge mu koho kurus jah..huhu
nati sehat molek make bnyk neh...
nati kalu ado ms, ak g visit mu neh...
hope u'll recover soon... =)
eppoe said…
miemie: xdop sakit gapo pom.. cabut gigi jas 4 putung. hehehe
aku tunggu maso jah nok siya ni.
lamo kaklos.
kalu nok mari umoh aku, bowok makene hok sedak2 deh?
hehehe.
tq sbb doa kt ku.

Popular posts from this blog

A Year Older

Sejak umur mencecah 3 Series ni, macam-macam benda jadi especially dengan kesihatan sendiri. Sejak beberapa bulan lepas (kalau tak silap masuk Ramadhan), aku ada bleeding after period. Dan aku rasa itu memang tak normal. Tapi masa tu, bleeding tu ada 2-3 hari je selepas 15 hari tempoh period. So aku assume tak de pape lah kan. Sampai la masuk bulan Ogos ari tu. Period pain aku teruk gila. Sekali lagi aku senggugut sampai tahap muntah keluar air nak tercabut usus. Yang paling best, aku senggugut masa aku tengah belajar buat kek lapis  Aku terpaksa stop, telan ubat and tidur kat umah Kak Noor. Sedar pukul 3pm, kek lapis semua dah siap! Sedih weh! Lepas je hari ke 15 tempoh period, sekali lagi aku bleeding. Mula mula buat rilek je sebab ingat benda ni datang kejap je. Sekali, sampai 2 minggu aku bleeding. Even dia tak banyak macam datang bulan tu, tapi manusia mana tak cuak kalau hari-hari kau berdarah kan? Mula la aku google. Fibroid. Cyst. Kanser rahim. Ok neves. Kebetulan ...

bad feelings

saya tension saya serabut saya geram saya sedih tak sanggup nak menghadapi rintangan ni.. bilakah ia nya akan berakhir.. *tears running through my cheek..

Aku Benci Betul!!

What is your name? Lu How old are you? sweet seventeen!! When is your birthday? 20 Zulhijjah. Are you looking forward to it? harus laa.. Why? nak makan kek pree.. Are you happy? mak suke nok. What makes you happiest? dapat duet. $$$ Are you afraid of something? not something. everything. Do you live alone, or with someone else? ma mere, mon pere Who? mak ayah aku la wei. Do you have any pets? semut itam What is your favorite cartoon? Chibi Maruko Chan. Pernah membuat ringtone henpon lagu itu. Have you ever hit a deer? motip drive dlm hutan?. Do you drink? 8 gelas sehari. Do you prefer beer or liquor? Root Beer A&W What is your favorite non-alcoholic drink? COOFFFEEE!!! What kind of cell phone do you have? SGH C260, Motorola K1, Sony Ericcson W580i Do you like it? uish..suke la ade enpon. cuma sengkek la nk top up. hehe What is the funniest word you ever heard? orang tersasul bercakap. PON BOLLEEHH Do you hate it when people call you "dear"? ngape nak panggil aku dear?? To...