Skip to main content

Hospital Selayang Pandang~

Pagi-pagi lagi Eppoe dikejutkan dengan bunyi baby Ammar menangis kat bilik bawah.
nak tak nak kena bangun la jugak.
baby dah siap mandi dah. patut la menjerit..sejuk la tu.
sarap nasi lemak.
mula-mula kak na nak pegi hospital dengan abang eman je. budak-budak duk umah je ngan eppoe.
sekali, abang eman cakap suh siap-siap.
mandi kerbau (sejuk+nak cepat)
kakak tengah makan nasi lemak.
kitorang nak gerak dah. 
sekali kakak cakap, tak nak ikut Ummi.. so, kami tinggalkan dia dengan Kak Su (orang gaji sambilan)
setiba di hospital, dah settle register, nurse cakap appointment pukul 2.00pm. jam sekarang baru pukul 12.00pm. nak tunggu pukul 2.00pm lambat lagi. so, eppoe pon call Mak Tam gtau nak singgah Gombak. 
setiba di Gombak, ramai plak yang ada. Ada Nenek, Kak Jah ngan Cik Lah. Diorang baru sampai pagi tadi..Sabtu ni ada kenduri saudara kat Seremban. 
sonok jugak la dapat jumpa saudara mara ni.
lebih kurang pukul 2.00pm, kami gerak pegi Hospital Selayang Pandang.. 
punya la lama nak tunggu nombor giliran.. abang eman siap tido lagi. huhhuh.
lepas jumpe doktor, baby kena amik sample darah.
next appointment, 23 jun nanti.
baby Ammar senyum~

ummi ngan Uchu kat umah Mak Tam~

adik dengan AKSI nya~

good Boy~
tunggu turn~
hopefully baby akan sihat la nanti insyaAllah~
tiba kat Rawang pukul 5.30pm.
sangat penat. packing baju. malam ni nak bertolak balik Kelantan plak.
adeh~ last-last tido dalam bas!

Comments

Nuwairani said…
pelik kalo kakak xsey ikot tu..
eppoe said…
tu lah. doh la kak Su tu baru kijo 2 hari. huhuhuhu.

Popular posts from this blog

A Year Older

Sejak umur mencecah 3 Series ni, macam-macam benda jadi especially dengan kesihatan sendiri. Sejak beberapa bulan lepas (kalau tak silap masuk Ramadhan), aku ada bleeding after period. Dan aku rasa itu memang tak normal. Tapi masa tu, bleeding tu ada 2-3 hari je selepas 15 hari tempoh period. So aku assume tak de pape lah kan. Sampai la masuk bulan Ogos ari tu. Period pain aku teruk gila. Sekali lagi aku senggugut sampai tahap muntah keluar air nak tercabut usus. Yang paling best, aku senggugut masa aku tengah belajar buat kek lapis  Aku terpaksa stop, telan ubat and tidur kat umah Kak Noor. Sedar pukul 3pm, kek lapis semua dah siap! Sedih weh! Lepas je hari ke 15 tempoh period, sekali lagi aku bleeding. Mula mula buat rilek je sebab ingat benda ni datang kejap je. Sekali, sampai 2 minggu aku bleeding. Even dia tak banyak macam datang bulan tu, tapi manusia mana tak cuak kalau hari-hari kau berdarah kan? Mula la aku google. Fibroid. Cyst. Kanser rahim. Ok neves. Kebetulan ...

Day 7 Restriction Of Movement 2020

Pertama kali dalam hidup 32 tahun, Malaysia buat Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara Covid-19. *mengeluh* Semua kena kuarantin duduk umah diam-diam. Pergerakan terbatas. Kalau rumah tu ada ramai orang best jugak buat sembang. Ni aku yang sorang-sorang ni memang bercakap dengan pokok, ikan je lah. At first rasa macam best gilaaaa dapat cuti. hari-hari upload gambar masak. Gambar makanan. Masuk hari ke 7, hamik ko. Dah taktau nak makan apa. HAAHHAHA Sudahnya, buka Sardin Cap Ayam, masaklah sardin tu sampai lebam.

not sOo gewd CheeSe cake!

hahaha.. seperti yang telah dijanjikan, semalam (8.40pm) aku bertungkus lumus membuat cheesecake kegemaran ku.. Hanya kek ni jew yang aku tau buat ( first time buat time part 2 ngan Miss Mel). kalo kite compare recipe cheese cake dengan sponge cake, pada pendapat saya la, cheese cake lg senang nak buat coz method die all in one. Berlainan dengan sponge cake, satu adunan memerlukan 8/12 biji telur! dan adunan sponge cake ni menggunakan sedikit air. honestly, dari sem 1 sehingga tamat diploma, aku still xleh buat sponge cake (sangat memalukan bg budak yang mengambil kursus kulinari) hahahah.. Setiap kali buat, batter tu always jadi runny, even xder ribbon flow pon. dah tu, give up je lah. last2 buat cheese cake, tak pun chocolate moist. hehehhe. neway, dalam masa 2 bulan ni, insyaAllah aku akan try buat experiment baru and asah bakat aku ni yang dah lama berkarat kene air laut kt dungun. aku pon nak asah gak mata pisau aku tu, sume stok da tumpul beb. nak carving buah pon x lepas. kih ki...