Skip to main content

Selamat Hari Lahir AYAH!

Birthday Graphics

assalamualaikum bloggers!
06.06.11.
genaplah umur ayah 60 tahun.
haih. walaupun dah masuk 60 tahun, tapi ayah tetap gagah dan kuat seperti dulu.
dah lama Eppoe tak pulang ke kampung sejak tamat degree bulan lepas. InsyaAllah Eppoe akan pulang dalam masa terdekat ni. (p/s: abang Eppoe yang sibuk suruh balik, die nak Eppoe jadi photographer untuk Pre-wedding photo die.. haihhhh.) ok, berbalik pasal ayah.. ayah dah banyak berkorban untuk keluarga kitorang. Kecik-kecik dulu, aku rapat dengan ayah sebab mak sibuk kerja. (FYI, mak seorang Nurse, keje banyak Shif). Petang-petang ayah bawa aku naik motor (duk dalam bakul motor) pusing-pusing amik angin. huhuhuhu..
time kecik-kecik dulu, semua adik beradik takut dengan ayah. Ayah memang garang orangnya. Pagi-pagi kalau bangun lambat nak pegi skolah, ayah tinggalkan kami dan terus pegi keje. (Eppoe, kakak Nani ngan Abang Peja) Time tu masing-masing menggelabah sebab tak dapat pegi sekolah!! (Eppoe rasa kalo budak zaman sekarang ni, suka kot kalo tak dapat pegi sekolah.. huhu) Tapi ayah takkan biarkan anak-anak die ponteng sekolah. Kebiasaannya, Ayah akan keluar pegi "punch card" kerja dulu (tempat keje ayah dekat je), kemudian akan amik kitorang dan anta pegi sekolah. Eppoe ingat lagi..masa 1st time masuk Darjah 1.
Sekolah pertama Eppoe adalah Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, betul-betul belakang tempat kerja ayah (MRSM Pengkalan Chepa). Lepas je ayah anta Eppoe masuk kelas, ayah terus pergi kerja.
Pastu kalo x silap eppoe, cikgu cakap ayah cari eppoe kat luar. Eppoe pon keluar la. Tengok-tengok takde. Time tu terus rasa takut dan nak nangis (biasa la..budak baru masuk sekolah..haha) Eppoe lari sampai depan pagar sekolah cari ayah. Ayah takde! Ape lagi,,Eppoe keluar sekolah pegi tempat keje Ayah. Eppoe masuk ikut pagar blakang MRSM PC. Time tu budak lagi..tak tahu apa-apa. Main masuk je.
Eppoe terus pegi makmal cari ayah..(ayah slalu bawa kitorang pegi tempat keje time cuti, jadi Eppoe tahu cikit-cikit pasal tempat tu) pastu ada staf (cikgu kot) kat MRSM tu jumpe Eppoe, tanya "Adik nak cari siapa?" Eppoe pon cakap lah nak cari ayah.. Ayah keje makmal. itu yang Eppoe tahu. Then, cikgu tu pon bawak la eppoe tunggu dalam makmal. Cikgu tu mengajar kat depan, Eppoe plak dalam bilik makmal (Biasanya dalam makmal sekolah, ada bilik cikgu berehat).
Eppoe duduk je diam-diam kat situ..Pastu ade plak Tengkorak MAnusia dalam bilik tu,, SERAM plak rasanya. Eppoe pon keluar la! haahaha (Kecik-kecik memang takut tengok tengkorak!) dipendekkan cerita, lepas je Eppoe keluar, ayah pon sampai! LEGA! huhhuuh.. Hari tu, eppoe tak masuk kelas! sebab sepanjang hari Eppoe lepak kat Makmal. kui3~ Bila fikir-fikir balik, kelakar pon ade. Ayah punya pasal, Eppoe tak pegi sekolah. hihihih.
Sempena Hari Lahir Ayah yang ke-60 ni(walaupun ayah takkan baca blog ni) , Nurul nak ucapkan Semoga Ayah Panjang Umur, Murah Rezeki, Bahagia di samping Mak dan Keluarga!! Nurul sayang AYAH!
Ayah sentiasa murah dengan SENYUMANnya~

Aku anak Ayah!
You're ROCK DAD!!!You're the GREATEST DAD i've ever had! Mmuaahhh!

Comments

Popular posts from this blog

A Year Older

Sejak umur mencecah 3 Series ni, macam-macam benda jadi especially dengan kesihatan sendiri. Sejak beberapa bulan lepas (kalau tak silap masuk Ramadhan), aku ada bleeding after period. Dan aku rasa itu memang tak normal. Tapi masa tu, bleeding tu ada 2-3 hari je selepas 15 hari tempoh period. So aku assume tak de pape lah kan. Sampai la masuk bulan Ogos ari tu. Period pain aku teruk gila. Sekali lagi aku senggugut sampai tahap muntah keluar air nak tercabut usus. Yang paling best, aku senggugut masa aku tengah belajar buat kek lapis  Aku terpaksa stop, telan ubat and tidur kat umah Kak Noor. Sedar pukul 3pm, kek lapis semua dah siap! Sedih weh! Lepas je hari ke 15 tempoh period, sekali lagi aku bleeding. Mula mula buat rilek je sebab ingat benda ni datang kejap je. Sekali, sampai 2 minggu aku bleeding. Even dia tak banyak macam datang bulan tu, tapi manusia mana tak cuak kalau hari-hari kau berdarah kan? Mula la aku google. Fibroid. Cyst. Kanser rahim. Ok neves. Kebetulan ...

This is the Day!

tanggal 27 Oktober 2009.. telah menyaksikan graduan2 dari diploma Seni Kulinari berjaya mendapat segulung diploma! Setelah 3 tahun aku berpenat lelah, akhirnya usaha aku selama ini tidak sia-sia. Walaupun hanya segulung diploma (mungkin sesetengah orang memandang rendah terhadap diploma berbanding dengan ijazah), namun aku tetap bersyukur atas anugerah yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah.. ketika perarakan di karpet merah untuk menuju ke Dewan Sri Budiman, kelihatan ibu bapa, adik abang kakak, makcik pakcik, sahabat taulan dan semua tersenyum melihat para graduan yang segak mengenakan jubah graduan. aku yakin bahawa semua ibu bapa merasa bangga melihat anaknya berjalan ketika itu. kelihatan sesetengah daripada mereka mengalirkan air mata kegembiraan di atas kejayaan anak-anak mereka. sebaik sahaja majlis selesai, aku melangkah keluar dewan. semua graduan berpusu-pusu mencari ibu bapa masing-masing. tapi aku? hanya keseorangan saja. perasaan sedih mulai terbit di benakku. disebalik p...

Day 7 Restriction Of Movement 2020

Pertama kali dalam hidup 32 tahun, Malaysia buat Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara Covid-19. *mengeluh* Semua kena kuarantin duduk umah diam-diam. Pergerakan terbatas. Kalau rumah tu ada ramai orang best jugak buat sembang. Ni aku yang sorang-sorang ni memang bercakap dengan pokok, ikan je lah. At first rasa macam best gilaaaa dapat cuti. hari-hari upload gambar masak. Gambar makanan. Masuk hari ke 7, hamik ko. Dah taktau nak makan apa. HAAHHAHA Sudahnya, buka Sardin Cap Ayam, masaklah sardin tu sampai lebam.