Skip to main content

Mak Jemah balik Umah~

sudah hampir 3 minggu aku tinggal di rumah kakak di Rawang.
nak kata jadi bibik, tak jugak..
tapi lebih kurang bibik la.. cuma "UP" sket.
keje bibik kena bangun awal, tido lambat.
tapi aku ni, tido lambat dan bangun lambat.
haa..spesel kan?
ohohohohoh
kakak sulung aku baru lepas bersalin, (operate) jadi sakit operation tu tak hilang-hilang lagi. jadi, pagi-pagi, aku la yang kena mandikan baby Ammar. Nasib baik pernah tengok mak mandikan baby, so takde lah kekok sangat. (praktis untuk masa depan katanya!)
baby bath!

senget la plakk

di hospital sblum baby amik darah~

sambil2 tunggu doktor amik darah, posing2 dulu~
lepas mandikan baby, masak untuk tengahari. then, jemur baju. pastu tengok TV, angkat baju, masak lagi.. macam tu lah lebih kurang nye. Menjaga baby ni tak penat mana pon, tapi nak menjaga KAKAK kepada baby ni yang susah sikit.. Sorang umur 5 tahun, sorang lagi umur 4 tahun. dua-dua pompuan. perangai masing-masing takyah cakap la. pandai je menjawab mengalahkan orang tua. penat aku nak melayan. Hari-hari kepala migrain. huuuu~
Yang kesian nya, baby Ammar kena Jaundice a.k.a kuning. Selang 2 hari sekali, kena pegi amik darah kat hospital. Esok kena bawa baby pegi Hospital Selayang pulak. harap-harap baby ok la. 
esok malam aku nak balik kampung! yippiee! ikotkan hati, nak stay lagi kat sini. tapi kene balik jap. Abang kesayangan mintak tolong amik gambar untuk Pre Wedding. abang punya pasal, adik balik la jugak. huhuhuh. 
p/s: malam ni aku berinai, sbelah tangan kanan. tetiba gedik nak berinai. feeling2 nak kawen. ahaks~

Comments

Unknown said…
kawin jela cecepat~ :P
eppoe said…
ashuran: hak3! takde makne nye! tunggu korang kawen dulu!
Nuwairani said…
ehem! ehem! ke org tu pon nk langkah bendul jugakk ni?
eppoe said…
nani: langkah bendul gapo nyo.. gewam pon xdop lg nih.. aihh...

Popular posts from this blog

A Year Older

Sejak umur mencecah 3 Series ni, macam-macam benda jadi especially dengan kesihatan sendiri. Sejak beberapa bulan lepas (kalau tak silap masuk Ramadhan), aku ada bleeding after period. Dan aku rasa itu memang tak normal. Tapi masa tu, bleeding tu ada 2-3 hari je selepas 15 hari tempoh period. So aku assume tak de pape lah kan. Sampai la masuk bulan Ogos ari tu. Period pain aku teruk gila. Sekali lagi aku senggugut sampai tahap muntah keluar air nak tercabut usus. Yang paling best, aku senggugut masa aku tengah belajar buat kek lapis  Aku terpaksa stop, telan ubat and tidur kat umah Kak Noor. Sedar pukul 3pm, kek lapis semua dah siap! Sedih weh! Lepas je hari ke 15 tempoh period, sekali lagi aku bleeding. Mula mula buat rilek je sebab ingat benda ni datang kejap je. Sekali, sampai 2 minggu aku bleeding. Even dia tak banyak macam datang bulan tu, tapi manusia mana tak cuak kalau hari-hari kau berdarah kan? Mula la aku google. Fibroid. Cyst. Kanser rahim. Ok neves. Kebetulan ...

This is the Day!

tanggal 27 Oktober 2009.. telah menyaksikan graduan2 dari diploma Seni Kulinari berjaya mendapat segulung diploma! Setelah 3 tahun aku berpenat lelah, akhirnya usaha aku selama ini tidak sia-sia. Walaupun hanya segulung diploma (mungkin sesetengah orang memandang rendah terhadap diploma berbanding dengan ijazah), namun aku tetap bersyukur atas anugerah yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah.. ketika perarakan di karpet merah untuk menuju ke Dewan Sri Budiman, kelihatan ibu bapa, adik abang kakak, makcik pakcik, sahabat taulan dan semua tersenyum melihat para graduan yang segak mengenakan jubah graduan. aku yakin bahawa semua ibu bapa merasa bangga melihat anaknya berjalan ketika itu. kelihatan sesetengah daripada mereka mengalirkan air mata kegembiraan di atas kejayaan anak-anak mereka. sebaik sahaja majlis selesai, aku melangkah keluar dewan. semua graduan berpusu-pusu mencari ibu bapa masing-masing. tapi aku? hanya keseorangan saja. perasaan sedih mulai terbit di benakku. disebalik p...

Day 7 Restriction Of Movement 2020

Pertama kali dalam hidup 32 tahun, Malaysia buat Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara Covid-19. *mengeluh* Semua kena kuarantin duduk umah diam-diam. Pergerakan terbatas. Kalau rumah tu ada ramai orang best jugak buat sembang. Ni aku yang sorang-sorang ni memang bercakap dengan pokok, ikan je lah. At first rasa macam best gilaaaa dapat cuti. hari-hari upload gambar masak. Gambar makanan. Masuk hari ke 7, hamik ko. Dah taktau nak makan apa. HAAHHAHA Sudahnya, buka Sardin Cap Ayam, masaklah sardin tu sampai lebam.