hujung minggu yang tenang..
bangun pagi..bekpes..
layan Facebook..
tiba-tiba..
"Kak Mah! Kak Mah!"
Aku bergegas keluar..
"ado gapo Kak Na? Mok takdop..tubik gi Koto Baru nga Peja,"
"Acu mari kelih ni..jari Mat Pit putuh nih!!!"
aku dengan ayah cepat-cepat keluar.
Macamana boleh jadi macam ni??
Kak Na gitau, jari Mat Pit terkepit dalam rantai basikal.
Mat Pit mengerang kesakitan.
darah berlumuran di jari kirinya.
tanpa membuang masa, aku menyuruh ayah menghantar Mat Pit ke klinik berdekatan.
Kain buruk yang membaluti jari Mat Pit basah dengan darah.
aku segera mengambil bandage lalu aku hulurkan kepadanya.
Dia membuka kain di jari nya.
MasyaAllah..satu ruas jarinya hilang! Menggigil aku tengok. tapi aku buat-buat biasa..lalu membalut jarinya.
Ayah segera ke klinik dengan nya.
Tak lama kemudian, Cik Jie datang ke rumah.
"Nurul, (panggilan aku di rumah) acu tengok ni.. jari Mat Pit Cik Jie jupo dekat rantai basikal tu."
Mak Aiihhhh! dia tunjuk pulak depan aku! Sumpah aku terKEJUT!
kelihatan seruas jari yang putus lengkap dengan kuku..
Kak Na mengambil plastik dan kami memasukkan "jari" ke dalam plastik. aku ke dapur untuk mengambil ais dan letak "jari" ke dalam plastik yang berisi ais.
Kak Na bersiap-siap dan pergi ke klinik dengan Cikgu Za.
Akhirnya MAt Pit dibawa dengan ambulans ke Hospital Kota Bharu. menurut doktor, jarinya tak dapat disambung kerana berlaku jangkitan kuman (minyak rantai basikal)
jadi, doktor mengambil sedikit lapisan kulit di lengan untuk membaluti jarinya.
Moral of the story: serius aku takut bila nampak darah banyak-banyak! tak sia-sia aku amik kulinari.
Comments
guano gitu tu? adus...gerun sero...