tadi gua tengok berita.
dari gua kecik, sampai gua sekolah, sehingga la gua tamat belajar, isu kemiskinan negeri Kelantan tak pernah luput. hari-hari mesti ada berita tentang negeri Kelantan.
katanya, kelantan ni negeri paling miskin di Malaysia.
Tak kesah lah paling miskin ke, paling mundur ke..Asalkan rakyat jelata mampu hidup aman damai.
Gua bukan nak berpihak atau menunding jari kepada sape-sape.
ini luahan hati gua saja.
kenapa mesti nak mengutuk negeri kelahiran gua?
memang gua akui, Kelantan takde bangunan tinggi macam KLCC, takde Bukit Bintang nak lepak-lepak.
tapi setakat gua idup kat Kelantan ni, hidup gua aman je.
sebagai rakyat, gua rasa pembangunan tu memang penting. tapi, xperlu lah dimegah-megahkan.
cukup lah jika negeri gua mempunyai kemudahan yang perlu sahaja.
Eg: Pasaraya, Masjid, Stesen Bas, laluan jalanraya yang baik, etc.
p/s: penat tengok berita. tiba-tiba emo.
tambahan: frust tak dapat jumpe KUKU BESI!
Comments