Skip to main content

Lelaki?

Lelaki idaman…
Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...
Masih adakah lelaki idaman itu??

Comments

i'allah ade..
p ler cari kt skolah2 tahfiz..
kat klntan kn ade byk skolah tahfiz..
mesti jumpa yg berkenan dihati..
i'allah..
eppoe said…
hehehe..
jim, skrg ni budak tahfiz pon ade yg naughty tau.
Mel said…
lelaki cmtu dah pupus muimui..
hihi this is a reality..
kalu dpt lelaki yg ade separuh
sifat2 tu pun dah kira syukur..haha
eppoe said…
gege, mmg pon.
ntah lelaki mane ler aku dapat nanti.
(wondering)
hahaha

Popular posts from this blog

A Year Older

Sejak umur mencecah 3 Series ni, macam-macam benda jadi especially dengan kesihatan sendiri. Sejak beberapa bulan lepas (kalau tak silap masuk Ramadhan), aku ada bleeding after period. Dan aku rasa itu memang tak normal. Tapi masa tu, bleeding tu ada 2-3 hari je selepas 15 hari tempoh period. So aku assume tak de pape lah kan. Sampai la masuk bulan Ogos ari tu. Period pain aku teruk gila. Sekali lagi aku senggugut sampai tahap muntah keluar air nak tercabut usus. Yang paling best, aku senggugut masa aku tengah belajar buat kek lapis  Aku terpaksa stop, telan ubat and tidur kat umah Kak Noor. Sedar pukul 3pm, kek lapis semua dah siap! Sedih weh! Lepas je hari ke 15 tempoh period, sekali lagi aku bleeding. Mula mula buat rilek je sebab ingat benda ni datang kejap je. Sekali, sampai 2 minggu aku bleeding. Even dia tak banyak macam datang bulan tu, tapi manusia mana tak cuak kalau hari-hari kau berdarah kan? Mula la aku google. Fibroid. Cyst. Kanser rahim. Ok neves. Kebetulan

Day 7 Restriction Of Movement 2020

Pertama kali dalam hidup 32 tahun, Malaysia buat Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara Covid-19. *mengeluh* Semua kena kuarantin duduk umah diam-diam. Pergerakan terbatas. Kalau rumah tu ada ramai orang best jugak buat sembang. Ni aku yang sorang-sorang ni memang bercakap dengan pokok, ikan je lah. At first rasa macam best gilaaaa dapat cuti. hari-hari upload gambar masak. Gambar makanan. Masuk hari ke 7, hamik ko. Dah taktau nak makan apa. HAAHHAHA Sudahnya, buka Sardin Cap Ayam, masaklah sardin tu sampai lebam.

Amaran

okay. palo aku start srabut doh ni. nok dekat nga 2 bule doh aku dok dumoh, tok buat go sekaro. make, tido, make, tido. huhuuhh bilo tau keputuse aku buleh sambung degree kat uitm shah alam, suko tok ingat dunio. Konon hepi la nih. tapi lepas tu, azab la plop. buke gapo, banyok kakah nok keno buat nih. supo nga awal sem Diploma dulu. Keno buat medical Check up, isi bore, bayar yure, amik gambar paspot, ngesoh bore, gotu, goni. otok la.. baju tok tahu la brapo butir beg nok guno nih. kasut lagi. safety shoes nyo. buku mesti nok bowok ckit. P.cooking, P.baking, hok berkaitan ngan masok2 nih. Buku tu plop jenis hok kulit tebal supo kamus dewan tuh. tok larat aku nok bowok. rebeh doh la bahu aku. tu pun tok capur nga laptop lg. sudoh doh laa. ahahaha tapi gak, nok buat guano. Meme lagu tu doh. Mulo2 ni meme la sero letih, malah. bilo settle, siap daftar, xdop gapo doh la. Tunggu masuk kuliah, start ngaji. Pagi tadi, mok aku gi beli doh teket. ari jumaat 3 hb july, gi subang. tido dumoh abe